CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Thursday 17 November 2011

Kita rasa..


Kita rasa, kitalah yang paling  hebat
Kita rasa, kitalah yang paling rajin
Kita rasa, kitalah yang paling bijak pandai
Kita rasa, kitalah yang paling kaya raya
Kita rasa, kitalah yang paling cantik
Kita rasa, kitalah yang paling miskin
Kita rasa, kitalah yang paling penat
Kita rasa, kitalah yang paling sedih
Kita rasa, kitalah yang paling susah

Kenapa perlu kita sahaja?
Buka mata,buka minda untuk melihat sekeliling
Kita bukan hidup untuk diri kita sahaja

Bila kita rasa kitalah yang paling gah, paling hebat, paling kaya..
Ada lagi yang berkali ganda lebih hebat dari kita..
Jangan berlagak sombong..

Sekiranya kita rasa kitalah yang paling susah, miskin, sedih..
Ada yang lebih teruk dari kita..
Perlu ke kita meratap dan menangis diatas kekurangan kita
Kita harus bangkit dan berusaha..

Sekiranya itu yang kita letakkan diri kita
Maka begitulah jadinya..
Selalu bersyukur diatas segala nikmat yang Allah berikan
Jangan bersungut dan merungut
Bersyukur itu lebih baik.

Bila terlalu banyak kita rasa,
Kita akan menjadi sombong ataupun bersedih.
Kerana semuanya kita rasa.....
Kita rasa macam bagus..

Buatla sesuatu itu kerana Allah Taala..



Thursday 3 November 2011

Apa dalam hati..


Assalammualaikum wbt..

Ada masanya saya tertanya2, mcm mana mama saya tahu apa yang sedang saya
fikir dan berkata-kata didalam hati.

Agak tepat ye apa yang mama saya boleh jangkakan.. sebijik2 ayat yang keluar dari
mulut mama saya sama dgn apa yang ada didalam hati saya.

Allah sampaikan ilham kepada mama melalui fikiran saya..
Memandangkan anaknya sedang asik memikirkan hal itu.

Moga2 doa mama dimakbulkan Allah.
Amin...

Along sayang mama..

Wednesday 2 November 2011

Tak disangka-sangka.

Sejak akhir2 ni, shah alam selalu hujan. Setiap petang pasti hujan. Sejuk sahaja cuaca petang ini. Fikiran saya pun tenang walaupun diselang selikan dengan jeritan hero2 saya ;) Petang ini membuatkan saya banyak bersyukur dengan apa yang saya ada. Bila saya imbas kembali dalam kehidupan saya banyak perkara yang saya cita2kan, dan angan-angankan byk yg telah menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah. Saya gembira. Thank you Allah.

Rindu masa dulu..


Assalammualaikum wbt.

Semoga kalian semua berada didalam rahmatNya.

Bangun pagi ni saya ada satu perasaan. Perasaan nak sambung belajar..

Umur tak menjadi penghalang pada saya. Mungkin masa yang sesuai harus dipikirkan.

Buat masa sekarang saya dah tak bekerja. Sudah hampir 2 tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa.

Sekiranya saya sambung master saya sangat berharap dapat jadi lecturer lepas habis belajar.

Lagi best bila dapat jadi lecturer dekat tempat saya belajar dulu. UiTM dihatiku :)

Agak2nya berapa cost untuk sambung master ye. Nanti saya nak tanya geng2 UiTM Puncak Perdana.

Dulu masa sambung degree, dua semester saya mengandung. Saya bertuah kerana masa mengandung 

saya boleh pergi kelas sambil bawak perut. Walaupun ada mata-mata yang memandang semacam. Yang

memerli usah dikata la. Maklum la 2 semester berturut-turut mengandung. Saya buat tak tahu jer.

Saya datang untuk belajar bukan nak dengar komen2 mereka. Yang saya tahu saya dapat genggam ijazah.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menggenggam ijazah.

Bila dikenang2 kembali, sy terpikir macam mana saya boleh habiskan pengajian dengan status isteri, pelajar sepenuh masa, mengandung lagi, ada masa muntah2 dalam perjalanan nak ke kelas, kelas dari pagi sampai ke malam, anak yang sulung ditinggalkan dirumah dan mcm2 lagi..
 Allahuakbar...

Allah itu maha mengetahui, Allah memudahkan setiap urusan saya walaupun nampak payah.


Terima kasih Allah..


Kali ini saya berharap dapat sambung master pula..

Seterusnya menjadi pensayarah..

Semuanya dengan izin Allah.