CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Thursday 16 May 2013

Nikmat


Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan menikmati segala nikmat yang diberikan olehNya.

Allah Maha Besar, Allah Maha Bijaksana. Allah yang mengatur segala yang ada di langit dan bumi. Allah juga tahu apa dalam hati kita.

Bila pernah merasa hilangnya nikmat untuk bernafas, rasa sangat takut, sedih dan selalu mengingati mati. Selama ini Allah beri apa yang kita mahu tanpa minta bayaran. Allah bagi free, tapi saya tidak pernah menghargai. Tidak pernah terfikir keadaan sekiranya sukar untuk bernafas. Tercungap-cungap mencari oksigen, bernafas melalui mulut. Allahuakbar, sukarnya keadaan ketika itu. Saya rasa sangat lemah dan tidak berdaya.

Dalam hati, Ya Allah jangan la Engkau ambil nyawaku kerana aku belum melaksanakan segala yang Engkau perintahkan. Aku lalai, aku sombong masa itu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah.. Bila sakit baru saya sedar banyak perkara. Allah buka mata hati saya. Ya Allah bimbinglah daku, tunjukkan aku jalan yang benar, jalan yang lurus... Ampuni aku Ya Allah.

Alhamdulillah, ujian sakit menyebabkan saya berfikir banyak perkara dan berusaha untuk perbetulkan kesilapan dan kekurangan saya. Sekiranya Allah tidak memberi ujian sakit, barangkali saya sudah hanyut jauh. Terima kasih Allah.

Ujian yang saya lalui agak perit, sakit, risau dan banyak perasaan yang sukar digambarkan. Dari satu sakit, ke sakit yang lain dan hingga kini saya berusaha untuk bangkit. Alhamdulillah sekarang beransur sihat.

Bila sakit baru saya tahu nikmat sihat,
Bila sukar bernafas baru saya sedar nikmatnya oksigen yang diberikan percuma oleh Allah,
Bila tiada selera makan, baru saya sedar nikmatnya setiap makanan itu,
Bila sukar menelan dan minum baru saya sedar betapa berharga dan pentingnya setiap deria dan anggota yang Allah jadikan,
Bila sakit dan susah saya sedar Allah sahaja tempat saya mengadu dan bergantung harap.
Ya Allah jangan tinggalkan daku...

Terima kasih Allah, terima kasih kepada insan-insan yang dihantar oleh Allah untuk membantu saya.

Saya insaf........



Monday 13 May 2013

Berbuat baik kerana Allah.

  Bila mana kita berbuat baik akan ada juga suara- suara yang mengatakan itu dan ini. Walau kita sedaya upaya untuk sentiasa berbuat baik. Ada masa sebagai manusia kita juga ada melakukan kesalahan atau kelalaian.. Yang kurang cantik itu la yang akan sentiasa diingat dan diulang-ulang cerita. Allahuakbar... Yang baik, yang molek ditolak tepi. Benar la kata seseorang itu, lebih baik mencari redha Allah dari penghargaan manusia. Manusia sering kali mengecewakan kita. Ampuni aku YA ALLAH..  Usah dikenang segala kebaikan yang pernah kita beri kepada orang kerana ianya mungkin membawa kepada dukacita satu hari kelak. Lakukan seikhlas mungkin niatkan kerana Allah Taala.. Insyaallah kita akan tenang sekiranya orang yang kita bantu dan berbuat kebaikan itu memandang sepi kebaikan kita. Usah sedih kerana Allah tahu apa dalam hati hambanya. Mungkin saya ada membuat kesalahan dan Allah cuit hati saya untuk berfikir mana silap saya..             Astagfiruallahalazim..