Monday, 26 March 2012
Kerana Allah Taala
Kadang-kadang kita sebagai manusia melihat sesuatu perkara itu menyusahkan, membebankan, memenatkan.
Ada masanya ianya terjadi kepada saya. Saya tak dapat lari dari perasaan diatas. Tetapi saya sedaya upaya melaksanakannya. Saya belajar mengawal perasaan, tetapi ada masanya saya gagal.
Bantulah hambamu ini Ya Allah. Aku mohon petunjukmu..
Hari demi hari saya belajar untuk memantapkan diri, menguatkan jiwa, membersihkan hati.
Ianya adalah satu proses yang panjang..Perlu dipupuk perasaan itu agar ianya tersemat dihati.
Saya tersedar dari satu kesilapan yang telah saya lakukan.. Tanggungjawab yang Allah telah amanahkan kepada saya harus dijalankan dengan penuh rasa bertanggungjawab.
Apa yang saya pelajari dari kesilapan lalu adalah, lakukan sesuatu perkara itu dengan niat "Aku lakukan ini kerana Allah Taala".. Allahuakbar. Terus hilang perasaan geram, sedih, penat, dan terbeban yang asik bermain difikiran.. Tanpa saya tuntut dan harap dibalas dengan perlakuan yang sama saya lakukan keatas mereka..
Biarlah, apa yang saya lakukan sepanjang kehidupan saya ini dengan niat kerana Allah Taala..
Semoga Allah permudahkan segala urusan saya.
Insyaallah, Amin..
Labels:
my life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment