CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Friday 26 August 2011

Smart Ideas from Ikea


Saya sememangnya suka pergi ke Ikea.
Cuma sejak berpuasa ni belum ke Ikea lagi.
Hajat dihati memang nak menjengah ke sana.

Tak semua barang mahal di Ikea.
Pandai-pandai la kita membeli belah.
Kadang kala berbaloi membeli di sana.

Kalau yang mahal tu memang mahal sangat.
Kalau murah pula memang murah sangat.
Ikut la apa keperluan kita ketika itu.
Bijak berbelanja kita yang untung :)




Thursday 25 August 2011

Giliran balik beraya.


Setiap tahun begitulah rutinnya
Perjanjian sudah dimenterai sejak mula berkahwin
Tahun ni giliran raya di rumah mamaku
Tahun depan di rumah emakmu pula
Begitulah seterusnya
Agar adil dan saksama
Semua orang senyum senang
:))

Lain pasangan lain perjanjiannya
Lain orang lain ragamnya
Ada yang bermasam muka
Ada yang bermuram durja
Ada yang terima dengan redha
Jangan sedih-sedih
Kamu sudah membuat perjanjian bukan...

Yang mengetahui segala perjanjian kan kamu juga
Orang lain hanya angguk setuju
Perjanjian sudah dipersetujui
Raya tetap raya
Esok atau lusa kamu tetap beraya di rumah orang tuamu juga

Ku tahu perasaan mu
Ku juga pernah merasa begitu
Kita sama merasa gembiranya berhari raya di rumah orang tua sendiri
Suasana sahaja berlainan
Meriahnya tetap ada

Keluargaku kecil
Keluargamu besar
Keluargaku di bandar
Keluargamu di desa
Lampu lip lap pengganti pelita
Kelainan itu lah pengikat kita

Tiada yang lebih bermakna selain
Dapat menyambut Hari Raya bersamaMu dan putera-putera kita
Selamat Hari Raya buatMu :)


Psttt...Duit raya untuk ibu jangan dilupa, Ampun maaf dipinta :))






Monday 22 August 2011

Mereka tersenyum :))


Membuatkan orang disekeliling kita gembira adalah perkara yang paling bermakna 
dalam hidup ini. Tidak kira la perkara yang kita lakukan itu sekadar sekecil kuman :)

Melihat mereka tersenyum gembira menambah rasa puas di hati saya.
Perkara yang kita rasa kecil itulah membuatkan hati mereka tersenyum riang.

Tak susah sebenarnya nak menambah pahala.
Buat la sebanyak mungkin kebaikan.
Bersedekah juga memberikan pulangan kepada kita di akhirat nanti.

Jom beramal..
Biar orang di sekeliling kita gembira.
Bantu bila mereka perlukan pertolongan
Ringankan beban mereka.
Tak dapat bantu dengan wang tenaga pun boleh :)
Sedia mendengar keluh kesah mereka tanpa menambah masalah mereka.

Apa yang saya belajar dalam hidup ini..
Bila ada masalah, mengadulah kepada Allah..
Insyaallah, Allah pasti membantu.
Harus percaya, Allah sentiasa ada untuk kita.






Alhamdulillah



Thank You Allah.

:))



Wednesday 17 August 2011

Nikmat


Bila kita sakit baru kita tahu nikmatnya apabila sihat

Bila kita pernah gagal dalam hidup, baru kita hargai apa itu kehidupan

Bila kita susah dan tak berharta, kita lebih bersyukur dan merendah diri apabila sudah kaya

Kita lebih menghargai wang kerana kita tahu nilainya amat berguna sewaktu kita susah

Kita terpaksa melalui kegagalan untuk merasai manisnya kejayaan

Tiada orang yang terus berjaya tanpa melalui kegagalan

Kita harus bersyukur kerana diberi musibah

Kerana akhirnya musibah itu membentuk peribadi kita agar lebih sabar dan redha

Nikmat itu datang setelah melalui kesusahan dan keperitan

Agar kita lebih menghargai dan bersyukur diatas setiap pemberianNya..


Terima kasih diatas segala nikmat yang Allah berikan...



Tuesday 16 August 2011

Siapa paling gembira bila nak raya?


Pejam celik pejam celik, sudah 15 hari kita berpuasa..Sekejap saje masa berlalu.

Bulan Ramadan bulan yang mulia, banyak pahala yang boleh kita kumpul di bulan yang mulia ini.

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna~~
Agar dapat ku lalui dengan sempurna~~

Biskut raya belum sepenuhnya siap..huwaaa...
Tolong-tolong!!
Harus hari ini cargas di dapur..
Caiyok caiyok!!

Hairi, Danish dan Aqeel, tolong beri kerjasama.
Hari ini ibu nak masuk dapur lamaaaaa skit, sila main jauh-jauh.
Ibu awak nak berkampung depan oven. Sila beri kerjasama okey ;)

Persiapan raya?
Ala kadar saje, biasa2 je.. Apa yang ada saya gunakan. 
Yang penting harus kemas rumah, lap mana2 yang patut, cuci mana2 yang dah tak berkilat.
Kasi bersih itu rumah. Suami kata next week je kita operasi pembersihan dan keceriaan rumah.
Pastu katanya buat kerja2 pembersihan diwaktu malam, bila anak2 dah tidur.
Apakah??? saya kata takut ibu yang Zzzzzz skali nanti..hehe..baik bos, saya yang menurut perintah..

Anak-anak la yang paling seronok bila nak raya ni.
Sungguh heaven mereka ye dengan baju2 raya, kasut raya segalanya baruuu..
Jeles ibu tau..huhu..jadi budak2 memang best...macam kita kecik2 dulu..
pikir baju raya, kasut raya, duit raya bla bla bla... ingat raya je dalam kepala.

Anak-anak saya ni walaupun umurnya baru 5 dan 4 tahun tapi bab pilih baju dan kasut
 memang kena ikut pilihan depa. Demand tu, nak pesen gini..nak warna yang begitu dan begini.
Masing-masing ada citarasa sendiri. Pelik juga sebab, umurnya baru 5 dan 4 tahun tapi pandai buat pilihan sendiri. Saya dulu masa kecik apa yang mama dan papa pilih dan belikan itu la yang saya pakai.
Tak ada la kata, tak nak pesen gini..nak warna gini..haishh..

Pandai bergaya betul hero-hero ibu ni..Tapi kan memang anak-anak saya ni pilihan diorang pun ok, tak la mengarut..So saya proceed je la dengan pilihan mereka. Hairi suka warna yang cool... Danish pula warna yang ceria.. Aqeel je yang tak banyak songeh..Ikut je apa yang ibu pilihkan..maklumla umur  pun baru 2 tahun. Ikut je la ekk Aqeel ku cinta :))

Lagi satu Hairi dan Danish suruh beli lampu raya, yang lip lap tu.
Waduhh..nasib baik depa tak minta suruh beli pelita letak keliling rumah.. 
Ada-ada jer anak-anak ibu ni, nanti kita cari kat Tesco ye lampu lip lap tu :))

Siapa paling gembira bila nak raya??
Semestinya anak-anak la...

Jom layan lagu raya..




Friday 12 August 2011

Kasihan...


Patah-patah kata itu sungguh biadap
Meninggi diri bukan kepalang
Dia lah yang arif segalanya
Apa benar tahu segalanya
Apa benar kamu bisa menakluk segala???

Manusia yang sombong
Bongkak bukan kepalang
Sentiasa angkuh
Kononnya akulah segalanya!!

Awas..
Kau bukan siapa-siapa
Hanya hamba Allah juga
Sama seperti yang lain

Siapa kau mahu menjatuhkan hukuman
Siapa kau untuk menentukan nasib seseorang
Siapa kau!!!!
Mana pergi imanmu wahai hamba?
Mana pergi sopanmu wahai hamba?
Siapa kau yang mahu mendoakan kehancuran hamba Allah yang lain

Allah lebih mengetahui segalanya
Allah bisa memberikan kamu segunung emas
Dan Allah juga bisa menenggelamkan gunung emas bersama-sama kamu
Menarik segala-galanya dari kamu..kamu dan kamu....

Mana lebih hebat??
Kamu kah yang paling hebat tika ini?
Usah berlagak sombong dan mendabik dada..
Berkata bagaikan tiada siapa yang lebih hebat melainkan kamu..kamu..dan kamu..

Katakan la apa saja yang kamu suka
Yang kamu banggakan
Yang kamu itu saja hebat
Yang kamu itu berkuasa
Hebat sangat kah kamu???

Berkata-katalah kamu hingga kamu letih lesu
Lemah longlai...
kerna Kami tetap utuh disini


Allah bersama-sama kami..
Itu saja yang kami percaya
Itu saja harapan kami
Itu saja kepercayaan kami 
Allahuakbar

Bukan dan bukan kamu
Tidak sama sekali kamu
Yang menentukan hidup, mati, dan rezeki hambamu ini.

Kasihan kamu..dan kamu dan kamu semua.....
kerana tak bisa menggegarkan iman kami
Allah bersama-sama kami
Kami lebih kuat dan utuh tika ini

Tahukah kamu apa itu istidraj???
Awas kamu kerana kamu tidak punya alarm..
Sedarlah kamu..
Sesungguhnya kamu hanya biasa-biasa saja

Hamba Allah yang kerdil ini
tidak pernah mendoakan keburukan
atau musibah keatas musuhnya..

Terima kasih Ya Allah kerana membuka mataku
Membuka hatiku
Memberikan kelapangan dada
Memberikan ketenangan jiwa
Kerna sabar itu indah
Sabar itu ganjaran syurga

Kerna ku tahu kamu bukan siapa-siapa...
Kasihan..



Thursday 11 August 2011

Saat ini..


Sujud syukur padaMu
Saat yang ku nanti-nanti
Ku sambut dengan ucapan syukur
Alhamdulillah..

Titis-titis jernih membasahi pipi
Mutiara  kegembiraan
Pantas ku sapu mutiara jernih itu
Agar mata 'itu' tidak nampak
Betapa bersyukur ku padaMu
Engkau mendengar ayat-ayat cintaKu padaMu

Sujud syukur padaMu
Atas segala nikmat..
Terima kasih kekasihKu..



Lagu islamik dari Iwan Syahman yang dahulunya dikenali sebagai
Iwan Dangdut.

Wednesday 10 August 2011

Membersihkan Hati


Bersihkan hati
Dekatkan diri dengan Allah
Berbaik sangka kepada Allah
Allah Maha mengetahui segalanya....








Tuesday 9 August 2011

Koran by Heart


Bila menonton dokumentari ini membuatkan saya berkata dalam hati, hebatnya
anak-anak kecil ini. Yang paling muda umurnya 7-10 tahun sudah boleh menghafal Al Quran.
Ingin sekali membudayakan Al Quran dalam kehidupan keluarga saya. Insyaalllah.

Menitis air mata apabila menontonnya.
Rasa sebak, rasa kerdil..
Segalanya yang kita cari ada dalam Al Quran. Cari saja apa yang kita mahu tahu.

Saya pernah menonton rancangan bersama Akhil Hayy iaitu cafe Akhil Hayy kalau tak silap,
Dia mengundang seorang tetamu yang saya tidak tahu namanya, dari cara perbualan mereka
tetamu itu sudah menemui hidayah dalam hidupnya.

Kata tetamu itu lebih kurang begini, "kalau mahu membuat filem banyak cerita yang boleh diambil dari Al Quran, kalau mahu cerita orang yang paling zalim di dunia ialah Firaun, manusia yang paling hensem adalah Nabi Yusuf" kata tetamu itu. Saya rasa tetamu Akhil Hayy ini adalah pembikin filem. Agakkan saya saja..

Iyalah kata saya dalam hati....dalam Al Quran itu ada banyak ilmu, dan rahsia. 
Harus belajar bahasa arab untuk memahami bahasa Allah ini. Menyesal saya kerana dulu belajar bahasa arab sekerat jalan. Agak-agak dah tua macam ni boleh masuk lagi tak ilmunya. Harapnya boleh lagi :)


Jom tonton dokumentari ini.


Saya sudah tonton dari part 1-6
Saya sekadar meletakkan part 1 sahaja.

Perjalanan anak2 kecil dari serata dunia dalam pertandingan hafalan Al Quran
Memang menakjubkan..Masyaallah...

Sunday 7 August 2011

Sabar


 Ada masanya kesabaran itu hilang,
Kesabaran tidak boleh diajak berbincang,
Mahu meronta-ronta kesedihan
Mahu marah itu dan ini
Kejamnya dunia
Duniakah yang kejam atau penghuninya?
Siapa yang kejam?
Siapa yang tidak memperdulikan?
Ada mata, ada telinga, ada hati tapi......
buta jiwanya..

Astagfiruallahhalazim....

Itu kata hati yang merajuk,
kata hati yang marah,
siapalah aku mahu menghukum,
siapalah aku yang kerdil ini,
sekadar menumpang hidup di muka bumiMu

Engkau lebih mengetahui,
Engkau yang mengatur segalanya,
Aku harus mempercayai janjiMu,
Usah dipertikai urusanMu,
Selusuri sahaja hidup ini penuh kesabaran
kerna..
KataNya..
Sabar itu Indah,
Sabar itu Ganjaran Syurga,

Nah....
Maka yakinlah sabar itu indah, 
Bisik hatiku.........

Teruskan bersabar :))


Layan..sob sob...


Friday 5 August 2011

Jom makan buah kurma


Memandangkan sekarang umat islam sedang menjalani ibadah puasa,
lebih baik kiranya waktu berbuka dan bersahur kita makan buah kurma.
Ini kerana kurma dapat memberikan tenaga.

Maklum la bila berpuasa badan akan letih,
dengan memakan kurma dapatla kita sumber tenaga tambahan.

Jom makan kurma,
saya tak berapa suka buah kurma sbb manis tapi saya makan juga untuk memberikan tenaga.

 Buah kurma pun ada banyak jenis, pilih la mana yang anda suka.
Ada yang agak kering, dan ada yang basah.

Dapat kurma fresh pun sedap juga kan, yang dengan tangkai sekali tu.
Teringat pulak kurma yang mama saya beli kat mekah masa pergi umrah dulu.



Menarik la, kurma upin ipin.
ni saya snap masa p belanja kat carrefour.
tapi tak beli yang ini, beli yang lain :)

Hairi suruh ibunya beli..
maklum la upin ipin..

Wednesday 3 August 2011

PadaMU


Bersabarlah..

Pujuk hati 
Bersabarlah wahai jiwa
Jangan engkau ragu janjiNYA

Berdoalah 
Hingga nafas yang terakhir
Sesak nafas tak tertanggung lagi
Ku pohon kasih sayangMu
Kasihanilah hambamu ini

Ku angkat tangan
memohon pertolongan
Permudahkan la segala urusanku
Hanya padaMu sahaja tempatku mengadu

Aku percaya
Engkau mendengar rintihanku
Semoga salamku
sampai ke langit ketujuh

Allah engkau besar
Penuh kasih sayang
Takkan engkau biarkan hambamu menangis

Salam penuh kasih sayang untukMu
Dari hambaMu yang kerdil.



Tuesday 2 August 2011

Kun Fayakun

Bila Allah berkata "Jadilah!" maka Jadilah ia.
Maha suci Allah yang ditanganNYA  segala
kekuasaan dan akhirnya semua urusan
 dikembalikan kepada Dia.

Berdoa dan terus berdoa kepada Allah.
Allah pasti memberikan pertolongan.
Berbaik sangka la kepada Allah.
Allahuakbar..

Teringin sekali mendengar ceramah Ustaz Yusuf Mansur secara live.
Khabarnya bulan puasa ni dia akan turun lagi ke sini untuk memberi ceramah.
Sekarang saya hanya mampu menonton di youtube shj. Banyak juga ilmu yang saya dapat.
Alhamdulillah..

Ini saya sertakan sekali cerita Kun Fayakun
yang skripnya ditulis oleh Ustaz Yusuf Mansur sendiri.

Sangat memberi kesan kepada saya.
Allah maha mendengar doa hambanya.

Selamat menonton.

 Sila hayatinya.
Untuk menonton episod seterusnya sila klik next video.


Semoga Allah merahmati kita semua.

Amin Ya Rabb..

Monday 1 August 2011

Jalan-jalan cari makan @ Fiske Steakhouse


Ada 'orang' tu teringin sangat nak mkn western food..
Katanya sebelum puasa nak makan agar dirinya tak terkenang2 kesedapan 
beef steak kat Fiske Steakhouse.
Mengidam mengalahkan ibu mengandung 'orang' tu ;)

Baik la suamiku..Saya yang menurut perintah..
Jom jalan2 cari makan  kat Keramat pekena western food.

Kami dah dua kali makan di Fiske ni.
Memang sedap..Harga pun sangat berpatutan.
Kedainya biasa jer tapi makanannya mmg ada kelasss..Mcm kat hotel.
Platenya pun cantik. Mcm nak tanya jer beli kat mana.

Memandangkan hari isnin kedai ni tutup, kami menunggu la hari selasa untuk kesana.
Lepas solat maghrib kami terus pecut ke Keramat.

Sampai sana dalam pukul 9 mlm.
Orang agak ramai..
makanan suami dan ank2 semua dah smp termasuk air.
Tapi saya punya order tak kunjung tiba...
Ada la dlm 35 min saya tggu, mcm nak marah juga sbb tggu lama.
Perut saya dah berkeroncong. Sampai saya nak kata kat suami jom la kita balik..
Ibu boleh mkn kat tempat lain. Ayat mcm merajuk je kan.huhu.

Rupanya depa lupa nak buat order saya..
Alahai.....Ramai sangat org mlm tu.
Saya tak marah tapi agak merajuk.hehe


Akhirnya sampai juga order saya.

Saya tengok kenapa penuh je plate saya ni.
Kentang rebus ada sampai 2 potong, black pepper sauce nya banyak.

Hahaha..mungikn itu tanda minta maaf sbb lupa buat order saya.
Terima kasih ye sbb bagi saya ceria semula :))



Beef  Steak untuk suami



Special Chicken Chop (Grilled)
Menu saya dan Danish sama



Spaghetti Bolognese untuk Hairi


Alhamdulillah semua orang sudah kenyang.
Aqeel makan spaghetti banyak.
 Ada order mushroom soup juga untuk anak2.
Licin depa makan. 
Seronok bila tengok ank2 habis makan :)

Next time kita datang lagi ye anak2.
Semoga abah tak terkonang2 lagi masa puasa ni ye.

Western Food kat Fiske mmg best...