CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Saturday 30 July 2011

Percayalah.


Hebatnya..
Percayalah..
Kekuatan Sedekah

Percayalah
Bersedekah membantu dalam menyelesaikan kesulitan kita
Jangan ragu jangan bimbang
Allah ada membantu kita
 Percayalah hebatnya bersedekah

1 menjadi 10
10 menjadi 100
Ianya berganda2
Hulurkan tangan kepada yang memerlukan
Ringankan beban mereka

Tidak perlu teragak2 lagi
Sedekahkan kepada yang memerlukan
Agar kesulitan kita bisa diselesaikan

Yang penting berdoa kepadaNYA
Supaya dipermudahkan segala urusan
Jangan malu jangan segan untuk merayu kepadaNYA
Merintihlah semahunya
Allah itu Maha KAYA
Maha PENGASIH

Allahuakbar..
Nikmatnya bila bersedekah
Selagi ada masa, selagi ada peluang
Berebut2lah kita untuk bersedekah
Jadilah orang yang suka bersedekah
Anda buat
Dan anda akan rasa nikmatnya bersedekah.


Terima kasih Ya ALLAH.

Wednesday 27 July 2011

Mana lebih wangi??


Assalammualaikum wbt

Saya sekadar berkongsi info, dan pendapat saya untuk entry kali ini.
Semua orang pasti ada memakai minyak wangi, minyak attar, deodorant dan yang sewaktu dengannya.
Tujuan saya memakai perfume adalah untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.
 Ada orang bau badan masih ok ada org baunya agak kuat. Kadang kala cara pemakanan dan faktor hormon pun perlu diambil kira.

 Macam saya waktu mengandung  dulu kuat berpeluh dan hormon org mengandung pun tak stabil.Maka harus serbur minyak wangi supaya tuan punya badan pun selesa dgn bau diri sendiri.
Itu cerita masa mengandung. Lain orang lain tindak balas hormonnya.

Saya start pakai perfume ms study kat uitm. Masa tu baru amik diploma.
Saya ulang alik dari rumah ke kampus. Sila bayangkan kalau keluar rumah awal pagi,
lepas tu naik bas mini warna pink yang kat shah alam berhenti dekat seksyen 2 naik pula bas Uitm.
Kadang2 berhenti kat hotel Uitm dan menapak ke menara. Nak ke menara tu kena panjat tangga yang tinggi.
Uitm shah alam kan berbukit2..letih dibuatnya.. Berpeloh2 la kan.. Maka harus la guna perfume untuk menghilangkan bau yg kureng itu.
Patut la masa belajar dulu saya kurus, sbb hari2 daki bukit :)

Perfume yang sama mula2 pakai dulu adalah Haiku dari Avon..
Murah pun murah. Baunya pun sedap, apa yg penting ada ciri2 Jepun.




Lepas habis belajar, dan bekerja saya pakai perfume Estee Lauder (Pleasures) dan Estee lauder (Beautiful).
Saya lebih suka bau EL (Pleasures) sbb baunya lembut  dan tak menyegat sangat mcm Beautiful.





Masa birthday saya  1 tahun lebih yang lepas suami hadiahkan perfume Ralph Lauren (Romance).
Baunya sangat la sedap. Saya suka.. Suami beli tanpa saya, so dia mmg dah tahu saya suka bau yang mcm mana. Good job ayang :)


Sekarang perfume RL (Romance) dah habisssss. Maka saya bertukar kepada 
perfume Body Shop (Japanese cherry blossom).
Baunya saya suka, tapi baunya tak tahan lama..Kenapa ekk?

Saya agak upset sbb baunya tak bertahan lama mcm perfume2 saya sebelum ni.

Tapi kan walaupun perfume Haiku tu murah, baunya bertahan lama.. 

So sekarang saya berbalik semula kepada perfume Haiku. Perfume zaman belajar dulu.
Kadang kala saya selang selikan Haiku dengan cherry blossom.



Antara koleksi saya, ada botol yang dah kosong saya buang jer. Yang Romance tu jer saya simpan lagi.

so, mana lebih wangi??

Pilihan pertama : Romance by Ralph lauren (mahal)
Pilihan kedua : Haiku by Avon (murah)

Tunggu perfume kat atas tu habis baru try perfume lain pula.

Anda pula bagaimana?

Pilihan hati anda?


Tuesday 26 July 2011

Akhirnya sudah tukar....


Assalammualaikum wbt.

Akhirnya saya sudah tukar awning tudung saya yang rosak tu. (Akibat turun warna)
Nasib baik Ariani ada buat perkhidmatan tukar awning tudung.
Awning asal saya warna hijau lembut tapi saya minta tukar warna hitam.
Konon nampak mcm baru la, padahal dah setahun lebih beli. Awning je baru :)

Alhamdulillah, dah boleh pakai balik tudung saya tu.
Dah lama x pakai.
Untuk pengetahuan, Ariani charge untuk tukar awning tu RM35.
Kalau ikutkan mmg mcm mahal, sekadar tukar awning je.
Tapi pada saya, daripada tudung yang saya beli tu langsung x boleh pakai,
baik la saya tukar awningnya.

Tempoh untuk siapakan awning tu dalam 1 minggu lebih,
bila dah siap nanti depa call or sms suruh ambik.

Lepas ambil tudung yang dah tukar awning tu 
SA suruh tgk2 design terbaru, saya kata dik, akk takut terbeli jer nanti :)
Saya kata nanti saya datang lagi untuk beli tudung match dgn baju raya thn ni..

Bukan tak mahu beli tudung jenama lain atau tak ada jenama tapi....
Bila pakai, tudung tu tak terletak cantik di kepala dan muka..
Jahitannya pun kadang2 tak kemas. Awning pula mudah patah..

Banyak juga tudung2 yang saya beli tak ada jenama dan ada jenama tapi bukan Ariani la.
Penyudahnya pakai sekejap jer sbb tak selesa.

Tapi kalau ada sesiapa tahu tudung yang cantik, selesa dipakai, design yang cantik dan jahitannya pun kemas
boleh la share dengan saya. Mana la tahu lagi murah dari Ariani. Hehe..




Tuesday 19 July 2011

I Believe (Irfan Makki feat Maher Zain)




IRFAN MAKKI

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best

He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds

Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds

Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way

Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe

And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe


Cahaya Hati




Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis

Karna kemurahan-Mu

Karna kasih sayang-Mu


Abang nak baby...


Assalammualaikum wbt..

Masa dalam kereta nak tunggu abahnya belikan burger danish bersuara,

"Ibu, abang nak baby macam tu." sambil tunjuk kearah baby yang comel tu.

Saya cakap " ala, awak kan dah ada adik aqeel, kawan je la dengan aqeel."

"Abang nak baby mcm nadine (girl)." "saper nak jaga nanti, ibu tak larat la." kata saya.

"Abang la jaga, nanti abang buatkan susu." hahahaha...ade2 je danish ni.

Bila tengok baby mmg geram, tapi bila mengenangkan nak mengandung, bangun tgh malam, berlari2 mengejar

si kenit2 ni rasa mcm ohhh sudah la... yang 3 orang ni pun kadang2 boleh buat saya pening. hehe..

Maklum la semua anak saya boy. Ada saje kerja yang depa nak buat, yang menjerit, yang gaduh, yang nangis

dah tu, bila beria2 bergaduh tak beberapa minit baik semula. Penat je saya marah :)

Hairi pulak kalau boleh nak baby boy, katanya kita kena la geng dengan boy. ye la tu abang Hairi. 

Ibu awak ni tak ada geng kat rumah, bila semuanya lelaki. Alhamdulillah anak2 ni la

pengubat hati saya, walaupun no girl ;)

Allah dah bagi zuriat pun saya dah cukup bersyukur.

Tq Allah

comeinya..geram :)


Sunday 17 July 2011

KepadaMu Kekasih


Saya suka mendengar lagu ni.

Sungguh menyentuh hati.


KekasihKu,

Terimalah penyerahanKu ini.


Saturday 16 July 2011

Aku


Alhamdulillah

Aku bersyukur diatas segala kurniaanMU

Kini aku lebih tenang dan gembira menjalani hidup

Aku lebih menghargai hidup

Aku mencari kesalahan diri yang lalu

Agar dapat diperbaiki 

Melihat setiap yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya

Aku lebih dekat denganMU

Maafkan aku diatas segala kealpaan ku yang lalu

Aku bersujud memohon keampunan dariMU

Tunjukkan aku jalan yang lurus

Bimbang la aku

Maafkanlah bila hati ini kadang tak sempurna mencintaiMU

Tetapkan lah iman ku 

YA ALLAH...




Hamba  Allah 
16 Julai 2011
10.30am
Shah Alam

Wednesday 6 July 2011

Jadilah seorang Raja :)


Assalammualaikum wbt. 
Membaca artikel dari Genta Rasa (Ustaz Pahrol Mohd Juoi) selalu membuatkan saya berfikir. Kata-kata penulis banyak yang terkesan dihati saya. Terima kasih Ustaz diatas tulisan-tulisan Ustaz yang membina itu.    
Sila hayati cerita ini..                                                           
“Berapa lama awak dalam bidang ini?” Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakan ‘orang besar’ dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan, oh, malangnya nasib ku!
“Berapa ramai anak di universiti?” Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, “dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?” Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap ‘prestij’, si penanya akan menerangkan betapa ‘rendahnya’ nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya ‘biasa-biasa’ sahaja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku…
Itu belum lagi anda bertemu dengan ‘pak lawak’ yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan ‘orang-orang besar’. Anda seperti hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri itu, Puan Sri ini, Datuk ini, Datin itu, yang kononnya sangat akrab dengannya. Padahal dia hakikatnya hanya ‘pecacai’ sahaja kepada orang besar yang diuar-uarkannya itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia ‘kecil’ bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan ‘orang besar’nya. Angguk-angguk, tunduk-tunduk… Ya, Tok! Yes, Tan Sri!
Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, mengingatkan saya kepada perbualan bersama Mat (bukan nama sebenar) seorang sahabat yang sangat akrab dengan saya.
“Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?” tanya Mat. Nadanya sedih.
“Mengapa?” tanya saya simpati.
“Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama.”
“Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu.”
Dia merenung jauh.
“Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama.”
“Tetapi aku sedih… Setelah sekian banyak yang aku lakukan.”
“Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia,” kata saya seakan memujuk.
“Aku sedih, itu sahaja…”
“Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga.”
Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.
“Apa maksud kau?”
Melihat Mat mula tenang saya mula bercerita. Ada dua cerita, secara santai saya mula bercerita:  Pertama, cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.
“Selamat datang ulama, selamat datang orang alim… Ajarkan kami, ajarkan kami,” sorak penduduk kampung.
“Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?”
“Kerana serban besar yang tuan pakai.”
Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.
“Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!”
Mat ketawa mendengar cerita saya.
“Kau tahu, Nasirudin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri.”
“Betul ke?”
“Ini hasil kajian pakar psikologi Mat… Menurut mereka penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita.”
“Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?”
“Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu.”
Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang-orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya.  “Mengapa?” tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, “tuan rumah hendak menjamu pakaian ku  bukan diri ku!”
Sekali lagi Mat ketawa.
“Mat, orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Lifeis to ‘complete’ not to ‘compete’ – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!”
Kemudian, giliran  Mat pula bercerita – betapa ramai anak yang begitu ‘admire’dengan Ibu Mithali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Mithali itulah yang lebih baik daripada ibu mereka sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan ‘Pelajar Cemerlang’, ‘Remaja Dedikasi’ dan sebagainya… hingga merasakan anak sendiri kurang ‘harga’nya.
“Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?”
“Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu yang terbaik… tetapi sebagai anaknya, kita mesti nampak di mana kebaikan ibu kita sendiri.”
“Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang terbaik, tetapi kita mesti menghargai ‘kelebihan’ atau ‘kebaikan’ kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.”
“Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?”
“Betul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang yang lain.”
Oh, alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia… hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan. Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “siapa kamu?”
“Saya raja,” jawab petani.
“Raja?”
“Ya, raja pada diri saya sendiri!”.

** sumber dari Genta Rasa

Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua