CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Sunday 24 November 2013

PadaMu

Allah Allah Allah... Ya Rahman Ya Rahim Ya Zaljala liwal ikram.... hambamu mohon dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat. Allahumma Ameen.

Tuesday 29 October 2013

Hati


Menangislah hati jika itu yang melegakan
Menagislah jika itu ubatnya
Menangislah
Moga tenang hendaknya 

Allah itu dekat
Menangis kerana Allah lebih bermakna
Usah disia-siakan air mata kerana manusia
Moga diberi kekuatan




Saturday 7 September 2013

Ujian

Ujian itu silih berganti. Ujian itu mematangkan diri. Ujian itu tanda Allah sayangkan hambanya. Ujian itu mendidik hati. Ujian itu ada hikmahnya. Syukur atas segala ujian yang telah Allah tetapkan untuk kita hambanya. Teruskan berdoa dan bersabar. Moga Allah makbulkan doa saya dan anda semua. Ameen...Ya Allah, ampuni kami..

Thursday 27 June 2013

Mendidik hati.


Bercakap memang mudah, untuk melaksanakannya sukar. Itu adalah kebiasaan.. 
Sering kali kita tewas. 

Ya Allah berikan aku kekuatan.

Bila marah dan kecil hati menyinggah kita mudah lupa. Lupa segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang yang kita marahi, orang yang kita berkecil hati..

Astagfiruallahalazim..
Ampuni ku Ya Allah..

Solusi bagi masalah ini adalah:

Bila rasa marah itu datang, cepat-cepat alihkan fikiran kita pada kebaikan yang pernah mereka lakukan. Maafkan lah mereka.. Mungkin mereka tidak sedar. Mungkin juga melakukannya secara sengaja atau tidak. Maafkan sahaja.. Hapuskanlah kemarahan itu dengan mengingati mungkin esok orang yang kita marah itu sudah tiada, mungkin juga kita yang pergi. Maka saling maaf memaafkan. 

Berkecil hati itu boleh diubati.. Ubatnya ada pada diri kita sendiri. 
Tidak mengapa kalau sebelah pihak sana tidak memaafkan atau masih marah, yang penting diri kita sendiri perlu terlebih dahulu memaafkan..

Saya sudah memaafkan dan moga Allah ampuni segala dosa-dosa saya. Amin...


Tuesday 4 June 2013

TetamuNYA..


Hati ini bagaikan meronta-ronta mahu ke sana..
Ya Allah, jemputlah aku menjadi tetamuMu..
Ya Allah, rohku seolah-olah sudah sampai disana, cuma jasadku yang masih disini.

Ya Allah izinkan aku menjadi tetamuMu..
Hanya Engkau sahaja yang mengetahui bila waktu dan ketika untuk aku kesana..
Akan ku tunggu saat itu...

InsyaAllah...





Thursday 16 May 2013

Nikmat


Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan menikmati segala nikmat yang diberikan olehNya.

Allah Maha Besar, Allah Maha Bijaksana. Allah yang mengatur segala yang ada di langit dan bumi. Allah juga tahu apa dalam hati kita.

Bila pernah merasa hilangnya nikmat untuk bernafas, rasa sangat takut, sedih dan selalu mengingati mati. Selama ini Allah beri apa yang kita mahu tanpa minta bayaran. Allah bagi free, tapi saya tidak pernah menghargai. Tidak pernah terfikir keadaan sekiranya sukar untuk bernafas. Tercungap-cungap mencari oksigen, bernafas melalui mulut. Allahuakbar, sukarnya keadaan ketika itu. Saya rasa sangat lemah dan tidak berdaya.

Dalam hati, Ya Allah jangan la Engkau ambil nyawaku kerana aku belum melaksanakan segala yang Engkau perintahkan. Aku lalai, aku sombong masa itu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah.. Bila sakit baru saya sedar banyak perkara. Allah buka mata hati saya. Ya Allah bimbinglah daku, tunjukkan aku jalan yang benar, jalan yang lurus... Ampuni aku Ya Allah.

Alhamdulillah, ujian sakit menyebabkan saya berfikir banyak perkara dan berusaha untuk perbetulkan kesilapan dan kekurangan saya. Sekiranya Allah tidak memberi ujian sakit, barangkali saya sudah hanyut jauh. Terima kasih Allah.

Ujian yang saya lalui agak perit, sakit, risau dan banyak perasaan yang sukar digambarkan. Dari satu sakit, ke sakit yang lain dan hingga kini saya berusaha untuk bangkit. Alhamdulillah sekarang beransur sihat.

Bila sakit baru saya tahu nikmat sihat,
Bila sukar bernafas baru saya sedar nikmatnya oksigen yang diberikan percuma oleh Allah,
Bila tiada selera makan, baru saya sedar nikmatnya setiap makanan itu,
Bila sukar menelan dan minum baru saya sedar betapa berharga dan pentingnya setiap deria dan anggota yang Allah jadikan,
Bila sakit dan susah saya sedar Allah sahaja tempat saya mengadu dan bergantung harap.
Ya Allah jangan tinggalkan daku...

Terima kasih Allah, terima kasih kepada insan-insan yang dihantar oleh Allah untuk membantu saya.

Saya insaf........



Monday 13 May 2013

Berbuat baik kerana Allah.

  Bila mana kita berbuat baik akan ada juga suara- suara yang mengatakan itu dan ini. Walau kita sedaya upaya untuk sentiasa berbuat baik. Ada masa sebagai manusia kita juga ada melakukan kesalahan atau kelalaian.. Yang kurang cantik itu la yang akan sentiasa diingat dan diulang-ulang cerita. Allahuakbar... Yang baik, yang molek ditolak tepi. Benar la kata seseorang itu, lebih baik mencari redha Allah dari penghargaan manusia. Manusia sering kali mengecewakan kita. Ampuni aku YA ALLAH..  Usah dikenang segala kebaikan yang pernah kita beri kepada orang kerana ianya mungkin membawa kepada dukacita satu hari kelak. Lakukan seikhlas mungkin niatkan kerana Allah Taala.. Insyaallah kita akan tenang sekiranya orang yang kita bantu dan berbuat kebaikan itu memandang sepi kebaikan kita. Usah sedih kerana Allah tahu apa dalam hati hambanya. Mungkin saya ada membuat kesalahan dan Allah cuit hati saya untuk berfikir mana silap saya..             Astagfiruallahalazim..

Tuesday 9 April 2013

Bisu yang bersuara.

Terkesan dengan entri Ustaz Pahrol, saya suka untuk berkongsi disini.


Kata orang, komunikasi tahap tinggi ialah kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan. Komunikasi tanpa suara, begitulah istilah yang mungkin paling tepat untuk menamakan komunikasi jenis ini. Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Berikan hubungan mata, jalinankan rasa hati. Itulah maksud mendengar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira ‘tuli’ dalam perhubungan sesama suami-isteri.
“Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”
Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.
“Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”
Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.
Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.
 Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.
“Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?” kata suami yang berang.
“Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.   
Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan bisikan.
Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, tumpang isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya. Jadi…
 Dengarlah bila isteri berbisik, “bang, dengarlah suara hati saya… sampai bila hubungan kita akan renggang begini?”
Jika tidak kita akan mendengar jeritan:“Bang, muktamad ceraikan saya!”
Mungkin ini yang dimaksudkan dengan kata-kata: Kalau cinta luahkan, kalau benci berterus-terang. Ah, tidak semudah itu. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri, justeru sering terjadi, orang yang paling berpotensi untuk kita benci ialah orang yang pernah paling kita sayangi. Nauzubillah! Ah, agaknya kerana itulah kekadang ada yang jadi terlalu pesimis dengan perkahwinan sehingga sanggup mengatakan, perkahwinan itu adalah kuburan percintaan!
Suatu hari saya pernah saya bertanya, apakah yang diperlukan oleh isteri saya. Dia senyum. Diam. Saya jadi buntu. Niat hati, kalau dia berani menyuarakan, nanti saya tak segan-segan menyuarakan isi hati saya pula. Ini konsep, “ first seek to understand than to be understood”. Tapi sukarnya memahami hati wanita… Berbicara bukan melalui kata dan suara tetapi lebih pada lirikan mata dan lenggokan gaya. Bahasa tubuh, kata orang sekarang.
Lama saya tunggu, hari-demi hari, minggu demi minggu. Isteri masih tidak bersauara.
“Kenapa?”
“Tak kan tak tahu…”
Jawapan ‘tak kan tak tahu’ itu menyebabkan saya semakin tidak tahu.
‘Tak kan tak tahu’ menunjukkan jawapan itu ada. Dan jawapan itu terlalu dekat dan nyata. Tapi biasalah, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata, rapat dan lebih rapat lagi… akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar. Kita tidak akan nampak lagi. Ya, mungkin suara hati isteri terlalu dekat, maka kita menjadi semakin tuli untuk mendengarnya.
“Kita membina hidup atau kehidupan?”
Saya kaget sebenar. Beza antara ‘life’ dan ‘living’ terlalu besar.
“Kedua-duanya,” jawab saya.
“Tapi mana yang lebih penting?”
“Kehidupan,” jawab saya pendek.
“Apa bezanya hidup dan kehidupan?” soalnya lagi.
“Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih-sayang, cinta dan kemesraan.”
“Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?”
Saya panik. Terasa diperangkap.
“Err… teman hidup dalam kehidupan,” saya membetulkan.
“Tahu pun!” bidasnya pantas.
“Apa mahu isterimu?” Dia bertanya lagi.
“Kasih sayang, kemesraan, pembelaan, kemaafan, keadilan…”jawab saya.
“Itulah kehidupannya. Sebaliknya apa yang kamu berikan selama ini?”
Saya jadi serba-salah.
“Hanya makanan, pakaian, kenderaan, rumah, wang… Itu semua untuk hidup, bukan untuk kehidupan,” tingkahnya sinis.
“Tapi saya juga inginkan itu semua darinya. Saya juga inginkan kehidupan bukan semata-mata hidup.”
“Ingat prinsip ini baik-baik: Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”
“Maksudnya saya perlu memberi sebelum menerima?”
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih-sayang. Untuk orang mencintai kita, kita dahulu mesti menyintai orang. Itu hukum kasih-sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.”
(Begitu dialog diri saya dengan diri sendiri – monolog)
Saya terus bermonolog…
Ah, sukarnya memenuhi kegala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin kita mahu, tapi tidak mampu. Mungkin kita mampu, tetapi tidak mahu. Ini lebih sukar. Ya, apabila difikir-fikirkan, masalah tidak mahu lebih sukar diatasi daripada tidak mampu. Ramai isteri yang tidak mahu memenuhi kemahuan suami dan begitu juga ramai suami yang tidak mahu memenuhi kemahuan isteri. Mahu bukan soal fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan.
“Senyum bila berdepan dengan suami…” pesan para ulama untuk isteri.
Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tetapi berapa ramai isteri yang mampu tersenyum di depan suami.
“Peluk isteri sekurang-kurangnya 5 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.
Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami? Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya.
Al hasil, semuanya kembali kepada Allah. Barangsiapa yang memenuhi keperluan-Nya akan ada kemahuan dan kemampuan untuk memenuhi keperluan sesama manusia. Jadi, jangan kemahuan kita yang didahulukan… dahulukan perintah Allah. Allah tetapkan ketaatan seorang isteri hanya untuk suaminya. Allah mahukan pembelaan seorang suami hanya untuk isteri. Itulah hakikatnya ‘kemahuan’ Allah yang sebenarnya Dia tidak mahu… kerana segala ‘kemahuan-Nya’ hanya untuk manfaat hamba-Nya. Dia Maha Kaya!

** Saya hanya mampu berdiam dan :)

Friday 5 April 2013

Saturday 30 March 2013

Qasidah Sollu 'ala khairil anam


Assalammualaikum wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Tenang bila dengar qasidah ini, tercari-cari siapa yang mengalunkannya.. Akhirnya saya jumpa :)

Tertarik hati semasa dengar qasidah ini di akhir rancangan Cinta Ilmu (Tasawuf Harian: Dr Zulkifli) Tv Alhijrah








Saturday 23 March 2013

Kesedaran perlunya berdakwah..


Assalammualaikum wbt.

Sejak saya membaca buku Tangisan Umat saya terpanggil untuk lebih mengetahui cara berdakwah kepada orang bukan muslim untuk kembali kepada fitrah.

Team DakwahIsEasy sangat menyentuh hati saya. Semoga team ini terus berdakwah untuk mengajak non muslim diluar sana untuk memeluk Islam.

Sekiranya kita sebagai seorang Muslim percaya akan agama Islam, kita seharusnya mengajak rakan-rakan di luar sana mengenali Islam.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk berdakwah.

Saya mulakan dengan anak-anak dan ahli keluarga terlebih dahulu.

Saya pun masih memperbaiki diri.

Ampuni kami Ya Allah..




p/s untuk melihat video-video DakwahIsEasy yang lain anda boleh klik link ini:      http://www.youtube.com/user/DawahIsEasy?feature=watch


There is no God but Allah and Muhammad is the messanger.





Abdurraheem Green's father died as a Muslim.



Allahuakbar, tak terluah dengan kata-kata..
Syukur Alhamdulillah kerana Allah memilih saya sebagai seorang muslim. Islam agama yang suci.

Saya harus berusaha untuk menjadi muslimah yang taat dan patuh pada perintah Allah.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku.
Berikanlah taufik dan hidayah kepadaku, ahli keluargaku, sahabat handai dan kaum muslimin dan muslimat,
setelah engkau berikannya, tetapkanlah iman kami, dan janganlah engkau bolak balikkan hati kami.

Amin........

Tuesday 19 February 2013

Pernahkah kita terfikir..



Pernahkan kita terfikir...
Apabila memandang ke langit, bagaimana ianya tergantung di situ

Pernahkan kita terfikir..
 Awan-awan itu terapung-apung diantara langit dan bumi

Pernahkan kita terfikir..
Bagaimana kita boleh bangun keesokan harinya dan masih bernafas

Pernahkan kita terfikir..
Betapa indahnya segala ciptaan Allah

Pernahkah kita terfikir...
Hidup ini hanya sementara

Pernahkah kita terfikir 
Segala-gala yang kita ada hanya pinjaman dariNya


Pernahkan kita bersyukur diatas segala nikmat yang telah Allah berikan..

Pernahkah kita???

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa hambamu ini serta kaum muslimin dan muslimat.
Semoga kami mendapat syaafaat Nabi Muhammad SAW dan rahmatMU.

Semoga kami kembali kepada fitrah.

Aminn Ya Rabb..

#Hamba Allah