CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Thursday 26 January 2012

Menitis air mataku...


Assalammualaikum wbt..

Setelah mendengar pengalaman Ustaz Haron Din ini saya rasa nak sangat jumpa Rasullullah..

Terima kasih makcikku kerana share di wall facebooknya.

Tanpa disedari air mata saya menitis..

Sangat tersentuh hati ini.



Monday 23 January 2012

Sheikh Mishary Rashed Alafasy

ABOUT THE SHEIKH

Sheikh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy is a Kuwaiti national and was born in 1976. He is married , has two daughters, and he is also nicknamed (Abu Norah).

He studies at The Islamic University in Medina(KSA), College of the Holy Quran and Islamic Studies and specialized in The ten readings and translation of the holy quran. He has read the quran to Sheikh Ahmed Abdulaziz Al-Zaiat born in 1325(H) in the year 1907. Read the whole quran to him Hafs-from-A'sim from Al-Shatebeya, and Sheikh Abraham Ali Shahata Al-Samanodei born in 1333(H)in the year 1915 and who read to him Sheikh Al-Hosiery and Sheikh Mohammad Sadiq Al-Menshawy and Sheikh Mustafa Ishmael and Sheikh Abdulbaset Abduls mad, and he reads to him Fatehat al Kitab and he accepted it, an oral acceptance following the acceptance of his student Sheikh Abulrafea Redwan, and he also read to Sheikh Abdurarea Radwan born in 1351(H)in the year 1932 read to him the whole quran Asm-bin-abialnojoud from Al-Shatebya.








dah banyak kali dengar.. 

letak di blog untuk rujukan sendiri.

bila2 nak dengar senang.




Friday 13 January 2012

Dukacita membawa kita padaNYA


Assalammualaikum wbt..

Ceramah dari Dr Maza yang berkali-kali saya dengar dan sangat suka mendengarnya.

Sangat terkesan di hati. 

Hakikatnya, insan akan datang sujud dan berdoa kepada penciptanya apabila mereka dalam kesusahan dan kesedihan.

Tapi itulah sebenarnya, kesedihan dan dukacita itu perlu datang dalam hidup setiap insan agar kita sentiasa ingat padaNya..

Melalui dukacita itulah saya berubah kepada yang lebih baik dari saya sebelum ini.

Dan saya berusaha untuk menjadi Hambanya yang baik pada pandangan mata Allah.
Dan saya sedang berusaha kearah itu.
Insyaallah.Amin.

Sedikit demi sedikit perubahan itu datang. Ianya tidak dibuat-buat dan ianya bermula dari dalam hati dan seterusnya kepada perubahan luaran (tingkah laku).

Allah sudah aturkan perjalanan hidup kita.

Maka, usah persoalkankan mengapa begitu dan begini.

Terima saja dugaan, kesedihan dan dukacita dengan sabar kerana kita Hambanya dan memang layak untuk diuji.

Allahuakbar.

Salam Jumaat dari saya moga kalian dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, berbaik sangka sesama insan dan berada didalam rahmatNya.

Insyaallah..
Amin..


Wednesday 11 January 2012

Tuhan, berikan Pedoman.....


Assalammualaikum wbt..

Entry yang ketiga buat tahun 2012...

Agak sibuk saya bulan ini, banyak benda yang menunggu..

Sudah saya listkan what to do agar mudah saya mendahulukan mana yang sepatutnya..

Ada masanya saya termenung.......

Memikirkan kesilapan dan kelalaian lalu.....

Ya Allah ampunkan daku...

Air mata mudah jatuh apabila mendengar lagu ketuhanan, membaca artikel keagamaan dan ceramah.

Sensitif kah saya? 

Memang saya seorang yang mudah terusik..Itulah saya...

Tapi kali ini terusik hati saya bukan akan perbuatan sesiapa tetapi Allah mengusik dan menggetar jiwa saya..

Terima kasih Allah kerana masih mengingati hambamu ini...

Lagu dari Nora yang mengusik hati saya...

Hayati bait-bait lagu ini..


Pedoman by Nora & VOC

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Oooooooooooo……
Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan …

Monday 2 January 2012

Nikmatnya lahir dalam Islam.. Sila tonton video ini..


Assalammualaikum wbt..

 Saya rasa sangat sayu, kerdil, bersalah dan yang sewaktu dengannya.

Tak dapat digambarkan peraasaan saya tika ini sebenarnya..

Alhamdulillah, kerana sahabat saya telah berkongsi video ini di wall facebooknya.

Sekarang saya share video ini di blog saya untuk sahabat diluar saya.

Allahuakbar...



Semoga bermula detik ini saya menjadi Hamba Allah yang lebih patuh dan taat pada perintahNya.

Insyaallah..

Amin..







Sunday 1 January 2012

Senyum ;)


Assalammualaikum wbt.

Mulakan tahun baru 1/1/2012 dengan senyuman :)

Senyum itu satu sedekah.

Senyum la kepada suami, anak2 kita dan orang sekeliling..

Senyum itu boleh membuatkan hari kita penuh keceriaan dan kegembiraan..

Bila kita positive perkara yang baik-baik akan datang kepada kita.

Senyum, tak perlu kata apa-apa ;))





;))




** gambar bdk comel ni dr google..