CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Saturday 31 December 2011

Moga kali ini berjaya!


Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 4.14 am dan saya dengan
jayanya telah mengisi borang SPA untuk kali yang ke 4 atau lebih ^^

Dipanggil menduduki peperiksaan sudah 2 kali. Tapi belum rezeki.
Maka setiap tahun mengisi la saya borang SPA.

Kalau isi form SPA dikala waktu orang bekerja maka lambat la jawabnya.
Hang la, segala macam. So, waktu ini memang sesuai, anak pun dah tido. Boleh isi form dengan tenang.

Kali ini saya minta jawatan yang tak pernah dipohon.
Mengharap sangat tahun 2012 saya dapat kerja kerajaan :)

Ya Allah, biarla kali ini rezeki berpihak kepadaKu.


I HOPE MY WISH COME TRUE!

INSYAALLAH..

AMIN..




Tuesday 27 December 2011

Selamat datang buku baru, buku lama dalam kenangan.


Untuk tahun 2011 banyak suka duka, pahit manis, tangis dan tawa, kejayaan dan kegagalan terpahat dalam sanubari ini. Tak terluah dengan kata-kata betapa tahun 2011 memberi pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup ini.

Banyak yang saya belajar dari pengalaman hidup ini. Cabaran dan rintangan saya hadapi dengan penuh kesabaran. Allah menguji setiap hambanya, begitu juga saya. Perlahan-lahan saya muhasabah diri. Melihat dimana  kesilapan saya. Mana yang harus saya perbaiki, yang harus saya tingkatkan. Perlahan-lahan saya berlapang dada dan memaafkan diri.

Kesabaran adalah kunci utama dalam perjalanan hidup saya. Pengalaman yang saya lalui tidak semuanya indah, tetapi itulah yang mematangkan saya. Pengalaman tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Ada masanya melalui kegagalan, kekecewaan dan kesedihan. Akhirnya muncul cahaya yang tidak disangka-sangka. Terima kasih Allah.

2012 yang bakal tiba tidak lama lagi, moga ianya memberi kebahagiaan, kegembiraan, kemurahan rezeki, kesihatan yang baik, kekuatan hati, kejayaan demi kejayaan, kelapangan hati, dan yang paling penting saya berdoa agar menjadi Hamba Allah yang taat dan patuh pada perintahNya.

Kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa melalui Kegagalan.

Kegagalan membuatkan kita mahu terus berusaha dan menjadi yang terbaik..

Caiyok!!



Impian biar setinggi langit, berjuang sehabis mungkin..

Semoga Allah membantu saya :)

Insyaallah

Amin..


Wednesday 21 December 2011

Promosi..

Moga hari saya dan anda semua baik2 belaka dan berada didalam rahmatNya..

Saya ingin menjemput kenalan dan rakan taulan untuk berkunjung ke blog hobi saya.

Selamat Datang ke:



Wednesday 14 December 2011

Ini pun ok :)

Assalammualaikum wbt..

Setelah saya membuat tinjauan ke Ikea tempoh hari, saya dah suami berkenan dengan kabinet dapur ini.

Ianya amat sesuai untuk rumah  yang kami diami sekarang. Anai2 tak ada peluang nak merosakkannya.

Membelinya? Belum lagi.

Sekadar melihat dan berkata di hati yang ianya sesuai sekali..

Insyaallah, ada rezeki boleh la kami beli.



 yang ini harganya RM 1059


ini pula RM660




Monday 12 December 2011

Selamat Hari Jadi Sayang...


Alhamdulillah, tahun ini genap 31 tahun umur suamiku.

Syukur, Allah memberikan nikmat untuk kita bersama2 melayari hidup berumahtangga.

Ada anak2 sebagai penyeri dalam rumahtangga kita.

Terima kasih kerana berusaha untuk menjadi suami yang baik buat kami sekeluarga.

Biarlah abah pun menjadi hamba Allah yang terbaik di mata Allah.

Ibu doakan, insyaallah..Amin.

Selari dengan meningkatnya usia abah, ibu doakan abah terus memajukan diri dalam kerjaya, bersemangat juang dalam melalui kehidupan, semoga apa yang abah lakukan sekarang berjaya dan terus maju, diberi kesihatan yang baik, dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang patuh pada perintahNya..

Teruskan amalan bersedekah agar ianya memberi pulangan di akhirat kelak.

Allah sentiasa mendengar doa hambanya.


All the best to you abah :)


I love U





Friday 2 December 2011

Dia datang lagi...



Anai-anai telah merosakkan banyak barang dirumah. Terutamanya dibahagian dapur. 

Sebelum ini banyak barang yang berasaskan kayu rosak dimakan anai2.

Solusinya adalah menyembur racun dibahagian yang dijadikan markas anai2 itu.

Tugas itu saya berikan kepada suami ku.. Setahun yang lalu masalah anai2 nampaknya sudah selesai tetapi baru2 ini ia timbul kembali.. 

Rak kayu telah diganti dengan rak besi untuk penyelesaian jangka pendek..

Mahu ke Ikea untuk melihat barangan yang sesuai untuk dijadiikan tempat simpanan barang2 di dapur.

Harapan kali ini, moga anai2 itu pergi jauh dari rumahku..

Wahai anai2, carilah kamu tempat yang sewajarnya untuk didiami..


Berangan dengan almari dibawah ini:





cantik dan kecik molek..



harga dia pun cantik..huhu..


 p/s gambar ni dah lama save dlm pc saje buat koleksi..