CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Tuesday 28 June 2011

Pesta Buku Selangor 2011 @ SACC, Shah Alam

 Assalammualaikum wbt.
Semoga sahabat2 diluar sana sihat hendaknya.
Kelmarin saya ke Pesta Buku Selangor.
Ada la beberapa buku yang saya beli.
Dah lama tak ke pesta buku, sangat gembira bila dapat tengok buku-buku yang tersusun rapi di rak-rak.
Anak-anak saya pun suka dengan buku.
Tabiat ini harus kita tanamkan dalam diri anak-anak.


Jom ke pesta buku :)


Novel-novel yang saya beli.


Saya ke gerai NB Kara tapi kak yati tak ada pula.
Ingatkan nak jumpa penulis kegemaran saya tu.
Next time kita jumpa ye Kak Yati (Norhayati Berahim).



Monday 27 June 2011

Harapan



Harapan yang tinggi menggunung
Bak setinggi gunung Fuji
Biar mencecah awan
Alangkah indahnya harapan itu

Biar pun mereka berkali-kali menidakkannya
Akan ku gagah jua menggapainya
Akan ku buktikannya
Biar jatuh beribu kali
Biar luka berkali-kali
Tidak sekali-kali aku mengalah

Ya, Aku hebat
Aku luar biasa hebat
Biar hebat di mata Penciptaku
Walaupun manusia tidak mengenaliku

Aku yakin
Satu hari nanti aku pasti berjaya
Berjaya didunia dan akhirat sana
Insyaallah



Hamba Allah
3.05 petang
27 Jun 2011

Sunday 26 June 2011

Kitab Cinta( TV al Hijrah)

Assalammualaikum wbt



‎"Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri di setiap helaian kitab."
- Wali.

"Cintaku buatmu bagaikan air yangg mengalir di lautan sepi..."
- Irfan.

"Cintaku buatmu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit. Biarpun hujan dan guruh menimpa bumi, awan tetap dalam dakapan sang langit."
- Mustika.



Memandangkan Tv Al Hijrah sudah ada di astro maka boleh la saya menontonnya. Memang menarik rancangan2 di Tv AlHijrah. Lebih kepada keagamaan dan drama2 yang disiarkan pun banyak berkisarkan islam. Sangat teruja setiap kali menonton Tv AlHijrah di saluran 114. Drama yang paling saya suka buat masa ini adalah Kitab Cinta. Lakonan Fazura sebagai Mustika dan Hardy Hartono sebagai Wali. Watak Wali paling saya suka. Tapi Wali agak sukar meluahkan rasa cintanya kepada Mustika. Ayat2 yang keluar dari cerita Kitab Cinta sangat puitis sekali. 
 Selamat menonton. Next week dah nak habis pun cerita ni. 

Thursday 23 June 2011

Cinta


Cinta
Tanpa cinta tidak indah hidup ini
Adakalanya cinta memerlukan pengorbanan
Air mata umpama perencah dalam episod percintaan
Cinta juga ibarat pelangi yang indah di langit
Sebelum menjadi pelangi
 Perlunya hujan membasahi bumi 
Maka suburlah taman itu
Bunga-bunga cinta pun kembang mewangi
Semoga cinta itu mekar
Biar harumnya dapat dihidu seisi alam
Cinta
Mengajar erti sebuah harapan
Dan
Ayat-ayat cinta hanya buatMU
Terima kasih CINTA


Hamba Allah
Khamis
9.32 mlm


Monday 20 June 2011

Aku Mahu


Aku mahu terbang bak burung helang
Megah terbang tinggi di angkasa
Mahu gembira dan ketawa selalu
 Bak anak kecil yang keriangan bermain teng teng
Mahu suci bersih bak kapas
Umpama bayi kecil yang baru melihat dunia
Aku umpama insan yang baru mengenal alif ba ta
Yang sedang meraih CintaMU
Aku mahu kasih, sayang dan cintaku 
Hanya untukMU


Hamba Allah 
5.32 petang
20/6/2011

Thursday 16 June 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

    Wednesday 15 June 2011

    Peristiwa Israk Mikraj


    PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

    Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, saya nak tahu lebih lanjut lagi apa itu peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. 
      
    Sebelum Israk dan Mikraj


    Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
      Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

    Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
    i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
    ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
    iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
    §       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
    §       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
    §       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
    §       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
    §       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
    §       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
    §       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
    §       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
    §       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
    §       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
    §       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
    §       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
    §       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
      Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
    i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
    ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
    iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
    iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
     v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
    vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
    vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
    viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
    ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
     x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
    Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
    Rasulullah        :       Labbaika.  
    Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
    Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
    Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
    Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
      Selepas Mikraj


    Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
    (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
    Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

    Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

    Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


    Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
    (Surah Al-Israa': Ayat 1).

    Bila kesedihan itu datang.


    Assalammualaikum wbt. Semoga sahabat-sahabat dan kenalan diluar sana sihat-sihat hendaknya. Kadang kala bila saya teringat peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup ini, hati saya akan jadi sayu. Sebolehnya saya tidak mahu mengingatinya lagi. Mana mungkin memori itu boleh hilang. Bila sedih itu bertandang saya akan membaca kembali buku La Tahzan. Kata Dr Aidh dalam bukunya La Tahzan: Mengingati masa lalu, kemudian bersedih di atas kedukaan adalah satu tindakan yang bodoh dan gila.

    Oh tidak, saya tidak mahu menjadi orang yang bodoh! Saya tidak mahu kesedihan itu membunuh semangat dan harapan saya. Bila rasa sedih datang cepat2 saya capai buku La Tahzan. Membaca dan menghayati setiap kata-kata dalam buku tersebut membuatkan saya rasa lega dan bersemangat kembali.

    Buku-buku agama, motivasi, majalah solusi dan novel-novel menjadi teman rapat saya sekarang.Saya memang sukakan buku. Buku memberikan ilmu, teguran, nasihat, membuatkan saya tersenyum dan sentiasa bersama2 saya dikala saya susah dan senang. Buku-buku adalah teman rapat saya. Banyak manfaat apabila kita suka membaca.


    "JANGAN BERSEDIH
    SETELAH KESULITAN PASTI 
    ADA KEMUDAHAN".


    Sunday 12 June 2011

    Mengingati Mati.


    Assalammualaikum wbt.

    Sejak kebelakangan ini saya selalu mengingati mati.

    Lebih tepat lagi dua bulan kebelakangan ini.

    Mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan bertemu PenciptaNYA.

    Selagi masih ada nyawa haruslah kita kejar untuk menambah pahala dan berbuat baik.

    Lakukan segala yang diperintahkan oleh Allah.

    Ya Allah ampunkan lah segala dosa2 ku!

    Setiap manusia menginginkan mati dalam iman.

    Begitu juga saya.




    Thursday 2 June 2011

    Jangan mengharapkan balasan dari manusia

    Assalammualaikum wbt..

    Jangan mengharapkan balasan dari manusia. Contohnya, kita berbuat baik kepada seseorang tetapi akhirnya perbuatan baik kita itu dibalas dengan cara yang buruk. Segala kebaikan yang kita pernah lakukan kepada mereka sudah tidak dipandang lagi. Dengan kata lain, kita bagi bunga ros (wangi) tapi mereka baling bunga taik ayam pulak (busuk) contohnya la. Jangan kita sangka balasan baik akan dibalas baik juga. Ada masanya perbuatan baik dibalas baik juga. Tapi ada ketikanya Allah nak uji kita, nak tengok sejauh mana kesabaran kita. 

    Tapi...kalau kita buat baik dekat Allah, selalu ingat Allah, buat perkara yang disukai Allah pasti Allah akan bagi ganjaran kepada kita. Allah lagi sayang kepada kita. Kasih sayang Allah tu yang kita mahu. Kasih sayang manusia tak kekal lama, kadang2 berubah..Maksud saya bukan tak perlu berbuat baik sesama manusia, TAPI JANGAN KITA HARAPKAN BALASAN DARI MANUSIA. KELAK TAKUT KITA YANG KECEWA.

    Walaupun perbuatan baik yang kita pernah lakukan kepada orang lain kadang kala tidak dibalas dengan cara yang baik, kita jangan hampa sebab Allah yang akan beri ganjaran kepada kita bukan Manusia. Tak apa, walau tidak dihargai oleh manusia, kerana manusia pun Hamba Allah juga. Allah yang SATU itu yang patut kita minta kasih sayangNYA..

    Jangan sedih-sedih bila kebaikan kita tidak dihargai, Jauh disudut hati kita Allah mengetahui segalanya. Anggap saja kebaikan yang kita lakukan untuk mendapat pahala, bukan pujian dan balasan. Insyaallah hati kita akan tenang walaupun perbuatan kita itu tidak dipandang oleh manusia. 

    Apa yang penting dalam hidup ini kita harus sentiasa bersabar dan bersyukur :)

    Wednesday 1 June 2011

    Memberi Maaf

    Saya sangat tersentuh dengan kata-kata ini:

    Apabila seorang lelaki mengutuk Abu Amir al-Sya'bi rhm. Beliau berkata kepada lelaki itu: "Sekiranya aku benar sepertimana yang kau katakan, maka semoga Allah mengampuniku, dan sekiranya aku bukan sebagaimana yang kamu katakan, semoga Allah mengampuni kamu."

    Amat terpuji sikap beliau. Tanpa memarahi dan memaki orang yang mengutuknya, sebaliknya mendoakan orang yang mengutuknya. Allahuakbar..

    "Apabila seseorang yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas musuh yang berada di tangannya, tiba-tiba melepas dan memaafkannya, alangkah mulia dan hebat perbuatannya!"

    Maka hendaklah kita memberi maaf walaupun payah pada mulanya kerana ada ganjaran untuk kita nanti. Semoga hati kita tenang..Insyaallah.