Thursday, 8 September 2011
Cerita Raya
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa kita meraikan ketibaan Syawal pula.
Raya tahun ini memang bermakna buat saya.
Bermakna dari segi spiritual. Meraikan kejayaan mendidik hati.
Raya buat saya yang sudah semakin meningkat usia ini bukan pada kebendaan lagi.
Ye, kalau dulu masa kecik2 dan muda remaja memang asik pikir pasal duit raya dan persiapan raya.
Bila dah berkahwin dan berkeluarga, tanggungjawab sudah semakin berat dan banyak perkara yang perlu
diuruskan. Keperluan anak-anak yang paling utama.
Sempena Hari Raya yang mulia ini saya memohon maaf sekiranya ada salah silap yang tidak saya sengajakan,
dari segi penulisan di blog, percakapan ataupun perbuatan.
Hari baik bulan baik ini, sama-sama la kita bermaaf-maafan
Buang yang keruh ambil yang jernih
Eratkan lagi hubungan silatulrahim
Maaf zahir batin dari saya sekeluarga.
Sahabat handai,kenalan dan saudara mara anda dialu2kan datang beraya :)
My happy family :))
Labels:
raya 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment