Tuesday, 13 September 2011
Demi anak.
Demimu anak abahmu berusaha mencari makanan kegemaranmu. Danish sudah 4 hari demam. Makan pun tak lalu, nasib baik Danish suka minum susu walaupun x berapa nak makan. Kelmarin jumpa acik aninya, alhamdulillah Danish hanya demam biasa saje cuma badannya yg panas menyebabkan gusinya membengkak dan bibirnya kering. Danish minta makan donut big apple. Kami bergerak dr kajang lewat petang. Rupa2nya bila tiba di sacc dlm pkul 8 lebih donut sudah habis. Apakah?? Awal lagi. Katanya bahan2 sudah habis jadi tutup kedai awal. Dari satu tempat ke satu tempat abahnya drive semata2 nak belikan anaknya donut. Ke dunkin donut pun sudah habis segala donut. Danish tak mahu donut yg jual kat bakery. Akhirnya, check kat garmin mana big apple yg terdekat. Jam dah pukul 9 mlm. Ke subang airport kami akhirnya. Syukur, masih ada beberapa biji lagi donut yang tinggal. Senyum meleret Danish bila nampak abahnya menjinjit beg plastik big apple. Anak2 ibu bila kalian sudah besar nanti ingat jasa kami berdua. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu dan abah buat kalian bertiga.
Labels:
Anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment