Thursday, 16 May 2013
Nikmat
Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan menikmati segala nikmat yang diberikan olehNya.
Allah Maha Besar, Allah Maha Bijaksana. Allah yang mengatur segala yang ada di langit dan bumi. Allah juga tahu apa dalam hati kita.
Bila pernah merasa hilangnya nikmat untuk bernafas, rasa sangat takut, sedih dan selalu mengingati mati. Selama ini Allah beri apa yang kita mahu tanpa minta bayaran. Allah bagi free, tapi saya tidak pernah menghargai. Tidak pernah terfikir keadaan sekiranya sukar untuk bernafas. Tercungap-cungap mencari oksigen, bernafas melalui mulut. Allahuakbar, sukarnya keadaan ketika itu. Saya rasa sangat lemah dan tidak berdaya.
Dalam hati, Ya Allah jangan la Engkau ambil nyawaku kerana aku belum melaksanakan segala yang Engkau perintahkan. Aku lalai, aku sombong masa itu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah.. Bila sakit baru saya sedar banyak perkara. Allah buka mata hati saya. Ya Allah bimbinglah daku, tunjukkan aku jalan yang benar, jalan yang lurus... Ampuni aku Ya Allah.
Alhamdulillah, ujian sakit menyebabkan saya berfikir banyak perkara dan berusaha untuk perbetulkan kesilapan dan kekurangan saya. Sekiranya Allah tidak memberi ujian sakit, barangkali saya sudah hanyut jauh. Terima kasih Allah.
Ujian yang saya lalui agak perit, sakit, risau dan banyak perasaan yang sukar digambarkan. Dari satu sakit, ke sakit yang lain dan hingga kini saya berusaha untuk bangkit. Alhamdulillah sekarang beransur sihat.
Bila sakit baru saya tahu nikmat sihat,
Bila sukar bernafas baru saya sedar nikmatnya oksigen yang diberikan percuma oleh Allah,
Bila tiada selera makan, baru saya sedar nikmatnya setiap makanan itu,
Bila sukar menelan dan minum baru saya sedar betapa berharga dan pentingnya setiap deria dan anggota yang Allah jadikan,
Bila sakit dan susah saya sedar Allah sahaja tempat saya mengadu dan bergantung harap.
Ya Allah jangan tinggalkan daku...
Terima kasih Allah, terima kasih kepada insan-insan yang dihantar oleh Allah untuk membantu saya.
Saya insaf........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment