Monday, 13 May 2013
Berbuat baik kerana Allah.
Bila mana kita berbuat baik akan ada juga suara- suara yang mengatakan itu dan ini. Walau kita sedaya upaya untuk sentiasa berbuat baik. Ada masa sebagai manusia kita juga ada melakukan kesalahan atau kelalaian.. Yang kurang cantik itu la yang akan sentiasa diingat dan diulang-ulang cerita. Allahuakbar... Yang baik, yang molek ditolak tepi. Benar la kata seseorang itu, lebih baik mencari redha Allah dari penghargaan manusia. Manusia sering kali mengecewakan kita. Ampuni aku YA ALLAH.. Usah dikenang segala kebaikan yang pernah kita beri kepada orang kerana ianya mungkin membawa kepada dukacita satu hari kelak. Lakukan seikhlas mungkin niatkan kerana Allah Taala.. Insyaallah kita akan tenang sekiranya orang yang kita bantu dan berbuat kebaikan itu memandang sepi kebaikan kita. Usah sedih kerana Allah tahu apa dalam hati hambanya. Mungkin saya ada membuat kesalahan dan Allah cuit hati saya untuk berfikir mana silap saya.. Astagfiruallahalazim..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment