CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Thursday 17 November 2011

Kita rasa..


Kita rasa, kitalah yang paling  hebat
Kita rasa, kitalah yang paling rajin
Kita rasa, kitalah yang paling bijak pandai
Kita rasa, kitalah yang paling kaya raya
Kita rasa, kitalah yang paling cantik
Kita rasa, kitalah yang paling miskin
Kita rasa, kitalah yang paling penat
Kita rasa, kitalah yang paling sedih
Kita rasa, kitalah yang paling susah

Kenapa perlu kita sahaja?
Buka mata,buka minda untuk melihat sekeliling
Kita bukan hidup untuk diri kita sahaja

Bila kita rasa kitalah yang paling gah, paling hebat, paling kaya..
Ada lagi yang berkali ganda lebih hebat dari kita..
Jangan berlagak sombong..

Sekiranya kita rasa kitalah yang paling susah, miskin, sedih..
Ada yang lebih teruk dari kita..
Perlu ke kita meratap dan menangis diatas kekurangan kita
Kita harus bangkit dan berusaha..

Sekiranya itu yang kita letakkan diri kita
Maka begitulah jadinya..
Selalu bersyukur diatas segala nikmat yang Allah berikan
Jangan bersungut dan merungut
Bersyukur itu lebih baik.

Bila terlalu banyak kita rasa,
Kita akan menjadi sombong ataupun bersedih.
Kerana semuanya kita rasa.....
Kita rasa macam bagus..

Buatla sesuatu itu kerana Allah Taala..



No comments:

Post a Comment