Wednesday, 2 November 2011
Rindu masa dulu..
Assalammualaikum wbt.
Semoga kalian semua berada didalam rahmatNya.
Bangun pagi ni saya ada satu perasaan. Perasaan nak sambung belajar..
Umur tak menjadi penghalang pada saya. Mungkin masa yang sesuai harus dipikirkan.
Buat masa sekarang saya dah tak bekerja. Sudah hampir 2 tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa.
Sekiranya saya sambung master saya sangat berharap dapat jadi lecturer lepas habis belajar.
Lagi best bila dapat jadi lecturer dekat tempat saya belajar dulu. UiTM dihatiku :)
Agak2nya berapa cost untuk sambung master ye. Nanti saya nak tanya geng2 UiTM Puncak Perdana.
Dulu masa sambung degree, dua semester saya mengandung. Saya bertuah kerana masa mengandung
saya boleh pergi kelas sambil bawak perut. Walaupun ada mata-mata yang memandang semacam. Yang
memerli usah dikata la. Maklum la 2 semester berturut-turut mengandung. Saya buat tak tahu jer.
Saya datang untuk belajar bukan nak dengar komen2 mereka. Yang saya tahu saya dapat genggam ijazah.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menggenggam ijazah.
Bila dikenang2 kembali, sy terpikir macam mana saya boleh habiskan pengajian dengan status isteri, pelajar sepenuh masa, mengandung lagi, ada masa muntah2 dalam perjalanan nak ke kelas, kelas dari pagi sampai ke malam, anak yang sulung ditinggalkan dirumah dan mcm2 lagi..
Allahuakbar...
Allah itu maha mengetahui, Allah memudahkan setiap urusan saya walaupun nampak payah.
Terima kasih Allah..
Kali ini saya berharap dapat sambung master pula..
Seterusnya menjadi pensayarah..
Semuanya dengan izin Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment