Tuesday, 9 August 2011
Koran by Heart
Bila menonton dokumentari ini membuatkan saya berkata dalam hati, hebatnya
anak-anak kecil ini. Yang paling muda umurnya 7-10 tahun sudah boleh menghafal Al Quran.
Ingin sekali membudayakan Al Quran dalam kehidupan keluarga saya. Insyaalllah.
Menitis air mata apabila menontonnya.
Rasa sebak, rasa kerdil..
Segalanya yang kita cari ada dalam Al Quran. Cari saja apa yang kita mahu tahu.
Saya pernah menonton rancangan bersama Akhil Hayy iaitu cafe Akhil Hayy kalau tak silap,
Dia mengundang seorang tetamu yang saya tidak tahu namanya, dari cara perbualan mereka
tetamu itu sudah menemui hidayah dalam hidupnya.
Kata tetamu itu lebih kurang begini, "kalau mahu membuat filem banyak cerita yang boleh diambil dari Al Quran, kalau mahu cerita orang yang paling zalim di dunia ialah Firaun, manusia yang paling hensem adalah Nabi Yusuf" kata tetamu itu. Saya rasa tetamu Akhil Hayy ini adalah pembikin filem. Agakkan saya saja..
Iyalah kata saya dalam hati....dalam Al Quran itu ada banyak ilmu, dan rahsia.
Harus belajar bahasa arab untuk memahami bahasa Allah ini. Menyesal saya kerana dulu belajar bahasa arab sekerat jalan. Agak-agak dah tua macam ni boleh masuk lagi tak ilmunya. Harapnya boleh lagi :)
Jom tonton dokumentari ini.
Saya sudah tonton dari part 1-6
Saya sekadar meletakkan part 1 sahaja.
Perjalanan anak2 kecil dari serata dunia dalam pertandingan hafalan Al Quran
Memang menakjubkan..Masyaallah...
Labels:
Koran by heart
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment