Sunday, 7 August 2011
Sabar
Ada masanya kesabaran itu hilang,
Kesabaran tidak boleh diajak berbincang,
Mahu meronta-ronta kesedihan
Mahu marah itu dan ini
Kejamnya dunia
Duniakah yang kejam atau penghuninya?
Siapa yang kejam?
Siapa yang tidak memperdulikan?
Ada mata, ada telinga, ada hati tapi......
buta jiwanya..
Astagfiruallahhalazim....
Itu kata hati yang merajuk,
kata hati yang marah,
siapalah aku mahu menghukum,
siapalah aku yang kerdil ini,
sekadar menumpang hidup di muka bumiMu
Engkau lebih mengetahui,
Engkau yang mengatur segalanya,
Aku harus mempercayai janjiMu,
Usah dipertikai urusanMu,
Selusuri sahaja hidup ini penuh kesabaran
kerna..
KataNya..
Sabar itu Indah,
Sabar itu Ganjaran Syurga,
Nah....
Maka yakinlah sabar itu indah,
Bisik hatiku.........
Teruskan bersabar :))
Layan..sob sob...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment