CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Tuesday, 26 July 2011

Akhirnya sudah tukar....


Assalammualaikum wbt.

Akhirnya saya sudah tukar awning tudung saya yang rosak tu. (Akibat turun warna)
Nasib baik Ariani ada buat perkhidmatan tukar awning tudung.
Awning asal saya warna hijau lembut tapi saya minta tukar warna hitam.
Konon nampak mcm baru la, padahal dah setahun lebih beli. Awning je baru :)

Alhamdulillah, dah boleh pakai balik tudung saya tu.
Dah lama x pakai.
Untuk pengetahuan, Ariani charge untuk tukar awning tu RM35.
Kalau ikutkan mmg mcm mahal, sekadar tukar awning je.
Tapi pada saya, daripada tudung yang saya beli tu langsung x boleh pakai,
baik la saya tukar awningnya.

Tempoh untuk siapakan awning tu dalam 1 minggu lebih,
bila dah siap nanti depa call or sms suruh ambik.

Lepas ambil tudung yang dah tukar awning tu 
SA suruh tgk2 design terbaru, saya kata dik, akk takut terbeli jer nanti :)
Saya kata nanti saya datang lagi untuk beli tudung match dgn baju raya thn ni..

Bukan tak mahu beli tudung jenama lain atau tak ada jenama tapi....
Bila pakai, tudung tu tak terletak cantik di kepala dan muka..
Jahitannya pun kadang2 tak kemas. Awning pula mudah patah..

Banyak juga tudung2 yang saya beli tak ada jenama dan ada jenama tapi bukan Ariani la.
Penyudahnya pakai sekejap jer sbb tak selesa.

Tapi kalau ada sesiapa tahu tudung yang cantik, selesa dipakai, design yang cantik dan jahitannya pun kemas
boleh la share dengan saya. Mana la tahu lagi murah dari Ariani. Hehe..




No comments:

Post a Comment