Monday, 10 October 2011
Moga Allah membantu saya..
Memaafkan tapi belum melupakan. Atau sudah memaafkan tapi harus melupakan juga. Mana yang terbaik? Sebenarnya bila kita melupakan itu yg terbaik. Tapi..... Ada tapinya lagi.. Tak semudah itu untuk melupakan. Ianya sudah tersimpan dalam memori. Saya yakin satu hari nanti saya akan berjaya memudarkan dan memalapkan memori tersebut tapi rasanya tidak seratus peratus. Cukuplah sekadar memori itu saya asingkan ketepi agar tidak bercampur aduk dengan memori saya yang indah-indah belaka. Yang pasti dan saya yakin ialah saya sudah memaafkan tapi melupakannya tidak sekali. Kerana bagi saya sekiranya saya melupakan, saya tidak akan berhati-hati dan waspada selalu. Bagi saya, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Alhamdulillah, saya masih mampu berdiri kerana kasih sayang dariNya. Terima kasih Allah kerana menyedarkan saya dan saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sedangkan nabi maafkan umat, dan siapalah saya untuk tidak memaafkan. Saya sudah memaafkan. Melupakan......................?? Moga Allah membantu saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment