Sunday, 16 October 2011
Masih disini.
Alhamdulillah, saya masih mampu menikmati nikmat yang tak terhingga dari Allah hingga saat ini. Nikmat dapat melihat, mendengar, merasa, bernafas dan banyak lagi. Nikmat yang melimpah ruah dari Allah kepada hambanya. Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan kepada hambamu ini untuk mendidik anak2, belajar menjadi hamba yang lebih bersyukur, sabar dan kuat jati dirinya. Masa telah mematangkan saya. Seiring juga dengan peningkatan usia. Syukur kerana diberi kesihatan yang baik dan sekaligus dipanjangkan usia. Terima kasih juga kepada mama yang telah melahirkan dan membesarkan saya. Jasa mama x mampu along tandingi. Insyaallah along sedaya upaya untuk membahagiakan dan menyenangkan hati mama. Terima kasih kerana telah mendidik along dengan baik sekali. Doakan kejayaan along. Love you mama Maznah Hj Salleh. Tanggal 16 Oktober 1981 jam 10.30mlm lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Fardahila Binti Omar iaitu saya pemilik blog ini :))
Labels:
My bday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment