CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Thursday, 6 October 2011

Suara itu...


Ada masanya aku termenung
Memikirkan itu dan ini
Ada ketikanya aku berserah 
Kerana sudah melakukan yang terbaik

Si kecil itu sering berkata-kata
Ada kalanya mengejek-ngejek aku
Mengatakan kau patut begitu dan begini
Kau harus begitu dan begini
Oh..aku lemas

Aku harus melawan si kecil itu
Kau bukan yang mengawal aku
Kau hanyalah si kecil

Aku yang menentukan segala
Jiwa aku harus dikawal oleh aku
Fikiran aku harus dikawal oleh aku
Jangan biarkan sedikit ruang untuk si kecil itu

Aku adalah apa yang aku mahu
Aku adalah apa yang aku fikirkan
Aku adalah apa yang aku katakan.
Aku berjuang melawan si kecil itu
Kerna aku yang mengawal segala

Si kecil itu akan muncul sekiranya aku lemah
Bila aku marah
Bila aku bersedih
Nyah kau si kecil.

Nyah kau.......


Hamba Allah
6 Oktober 2011
8.30 AM
Shah Alam



No comments:

Post a Comment