Wednesday, 15 June 2011
Bila kesedihan itu datang.
Assalammualaikum wbt. Semoga sahabat-sahabat dan kenalan diluar sana sihat-sihat hendaknya. Kadang kala bila saya teringat peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup ini, hati saya akan jadi sayu. Sebolehnya saya tidak mahu mengingatinya lagi. Mana mungkin memori itu boleh hilang. Bila sedih itu bertandang saya akan membaca kembali buku La Tahzan. Kata Dr Aidh dalam bukunya La Tahzan: Mengingati masa lalu, kemudian bersedih di atas kedukaan adalah satu tindakan yang bodoh dan gila.
Oh tidak, saya tidak mahu menjadi orang yang bodoh! Saya tidak mahu kesedihan itu membunuh semangat dan harapan saya. Bila rasa sedih datang cepat2 saya capai buku La Tahzan. Membaca dan menghayati setiap kata-kata dalam buku tersebut membuatkan saya rasa lega dan bersemangat kembali.
Buku-buku agama, motivasi, majalah solusi dan novel-novel menjadi teman rapat saya sekarang.Saya memang sukakan buku. Buku memberikan ilmu, teguran, nasihat, membuatkan saya tersenyum dan sentiasa bersama2 saya dikala saya susah dan senang. Buku-buku adalah teman rapat saya. Banyak manfaat apabila kita suka membaca.
"JANGAN BERSEDIH
SETELAH KESULITAN PASTI
ADA KEMUDAHAN".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment