Sunday, 12 January 2014
Tersenyumlah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Allah masih memberi peluang untuk bernafas di buminya. 2013 ditinggalkan sebagai sejarah dan 2014 diharap memberi sinar baru. Allah menduga hambaNya dalam pelbagai cara. Melihat dimana kekuatan diri. Hidup di dunia bukan untuk bersenang lenang tanpa diduga dan diuji. Di sini Allah mahu melihat kecintaan kita dan pergantungan kepadaNya. Bilamana diuji dengan kesusahan, kesihatan yang terganggu maka harus syukur dan redha. Kerana Allah mahu melihat kita merayu-rayu dengan air mata yang berguguran semasa menghadapNya.
Ujian, kesedihan , keperitan itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bila diuji kita merenung ke dalam diri, mana silapnya.. apa yang telah aku lakukan? apa yang perlu aku perbaiki.. berkata-kata di dalam diri untuk memperbaiki diri menjadi hamba yang taat dan patuh pada perintahNya. Bila diperhalusi bahawasanya ujian itu indah. Kita lebih mendekatkan diri denganNya. Mengadu padaNya, sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan melihat. Allah tahu kekuatan hambaNya. Maka bersabarlah dalam menghadapi ujian yang diberikan. Moga kesabaran itu berbaloi.
Ya Rahman Ya Rahim..
Semoga ujian ini bebaloi dalam menghadapi kehidupan yang sebentar ini. Dunia yang sementara ini moga dapat dikumpul pahalanya untuk menghadapi akhirat yang bila-bila masa akan tiba.
Maka SENYUMLAH...
Dicelah-celah badai kesukaran...
TERSENYUMLAH...
Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil, Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashir
“Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment