CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Tuesday 7 October 2014

Projek mudahnya menjemput rezeki.


Assalammualaikum wbt.

Lama sungguh saya tidak menulis di blog. Hampir lupa kata  kuncinya. Allah Allah..
Betapa lamanya tak mencoret disini. Rindu rasanya..

Baru-baru ini saya ada menghantar kisah saya ke Editor PMMR.
Tergerak hati untuk menulis. Gerakan dari Allah sebenarnya. Malu pun ada sebenarnya kerana berkongsi cerita kerana ianya kisah benar. 

Harapnya Allah gerakkan hati editor untuk memilih cerita saya.
Allahumma ameen..

Mungkin ini permulaannya untuk saya menjadi penulis. Angan-angan dah sekian lama, tapi belum ada gerakkan atau push factor. Mana tahu ini titik permulaannya. Moga Allah permudahkan.
 Insyaallah. 

Moga bertemu lagi di lain masa. Doakan saya sihat.