Tuesday, 31 May 2011
Monday, 30 May 2011
Hasbunallah wa ni'mal wakil
"Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung"
....sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (sehingga kita akan selamat dari Firaun dan tenteranya) Asy- Syuara: 62
Disebutkan dalam sirah Rasulullah ketika Rasulullah masuk ke Gua (Tsaur), Allah perintahkan burung merpati supaya membuat sarangnya dan labah2 membuat rumahnya di mulut gua. Sehingga orang2 musyrik yakin bahawa Nabi Muhammad tidak mungkin masuk ke gua.
Mereka mengira
adanya merpati dan labah-labah
yang berdiam dan merangkai sarangnya di gua
sebagai petanda ketidakhadiran Nabi.
Demikianlah
pertolongan Allah lebih memadai
daripada berlapis-lapis pakaian besi
dan megahnya benteng
*Maka, kita sebagai hambanya harus 100% yakin yang Allah sentiasa membantu kita walau dalam keadaan susah yang amat sangat sekalipun. Yakin yang Allah Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindung dan Maha Mengasihi hambanya.
Jangan Bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi.
Syair oleh Adi bin Zaid
Dari buku Jangan Bersedih (Dr Aidh bin Abdullah Al Qarni)
Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu punya perjanjian kuat
yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang yang bodoh dan tertipu.
Ertinya: Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaan orang lain, apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang kamu merasa bergembira dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimu akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau begitu, mengapa engkau bergembira di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu.
Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.
Saturday, 28 May 2011
Friday, 20 May 2011
Terima kasih Ya Allah
Saya belajar dari kesilapan dan pengalaman sepanjang kehidupan ini. Pengalaman mematangkan saya. Dalam hidup ini pasti ada pasang dan surutnya kehidupan kita. Pasti ada suka dan duka. Kadang kala apabila kita bersuka kita lupa pada Pencipta kita. Rasa sungguh tak patut..Apabila kita dalam kesusahan baru kita ingat Allah.
Ya Allah ampunkan lah hambamu ini. Saya sangat insaf. Apa yang saya belajar dalam kehidupan ini, kita sebagai hambanya patut meletakkan Allah sebagai No 1. Mengadu lah kepada Allah, minta lah pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kita mendahulukan manusia, maksudnya meminta pertolongan atau menceritakan kesusahan kita kepada manusia. Kadangkala mereka akan menambahkan keserabutan masalah kita tanpa membantu mencari jalan penyelesaian.
Bercakap dengan Allah lebih mudah dan membuatkan kita rasa sangat tenang, tanpa ada rasa akan dihukum atau diperlekeh2kan apa yang kita katakan. Saya pernah melalui fasa2 hidup begini. Musibah dalam kehidupan saya telah mematangkan saya dan meletakkan diri saya sangat kerdil di sisi Allah.
Sukar untuk saya gambarkan perasaan apabila berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah. Rasa sangat sayu, sedih, kerdil, dan mcm2 lagi. Saya rasa sangat bersyukur kerana Allah memberi peringatan yang awal kepada saya. Kehidupan di dunia ini hanya sementara, tetapi kehidupan di akhirat itu yang hakiki.
Banyak perkara yang saya belajar apabila ditimpa musibah. Nampak ianya perit dan sedih tetapi disebalik kesedihan itu ada kebaikan dan telah membuka mata hati saya dalam pelbagai aspek dalam kehidupan ini.
Tuesday, 17 May 2011
Cause Allah is always by my side
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Rapuh
Rapuh by Opick
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
Monday, 16 May 2011
PadaMu Kubersujud
Afgan ~ PadaMu Kubersujud
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
~{}~
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu
** Sungguh terkesan mendengar lagu ini. Allahuakbar..
Sabar Itu Indah
Semasa lalu di kedai buku, saya ternampak majalah Solusi. Rasa sangat menarik dan terpanggil untuk membaca majalah itu. Mahu tahu isi kandungannya karana sangat menyentuh hati apabila terpandang tajuk utamanya.
Sabar itu ganjaran Syurga.
Dengan keyakinan itu,
Penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi
Kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga
Sesungguhnya...
Sabar Itu Indah
Sunday, 15 May 2011
La Tahzan (Dr Maza)
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Dr Maza
Saturday, 14 May 2011
Kata Dr Muhaya
Adakah kita terasa?? Ya saya terasa kerdil, terasa aku tak cukup sempurna, harus bersihkan hati, berbaik sangka.
Sebahagian kata2 Dr Muhaya dalam status FB NYA.
Manusia yang paling kuat ialah manusia yang paling ikhlas. Akhlak mereka selalunya baik dan akan disukai orang. MEreka tidak pernah sebut ikhlas dalam percakapan. Mereka orang yang diterma Allah. Mereka sedikit kecewa tetapi orang tidak ikhlas banyak kecewanya. Mereka tidak rindu dipuji atau dihargai. ISteri yang ikhlas tidak risau kalau suami tidak meuji atau
menghargai mereka kerana hanya redha allah yang dicari.
Syurga itu puncak hadiah. Kita harus miliki kegigihan tingkat kualiti amalan kita. Siapa yang mahu lebih harus usaha lebih. KAlau di facebook kita hanya berbicara perkara harian remeh apa nak makan dah sampai ke destinasi alangkah rugi. Guna masa di depan komputer mendengar majlis ilmu dan baca perkara ilmu tingkatkan amalan. Audit setaip saat kurniaan Allah. TEntukan ada makna atas semua perbuatan.
Cara kita melihat sesuatu mengubah perkara itu. Cuba kita berani melhat kelebihan dan kebaikan orang dan bijaksana menangani kelemahan dan kesilapan orang
Allah beritahu kita supaya minta benda yang ekslusif milik Allah ia itu hidayah - jalan yang lurus bukan benda benda remeh. Mintalah hidayah dan kasih sayang Allah hidup akan bahagia dunia akhirat insyaAllah
Dekat diri pada Allah maka kasih sayang Allah terlalu besar jadi kasih sayang manusia jadi kecil dimata kita. Sentiasa baik sangka pada orang lain insyaAllah orang baik sangka pada kita. Apa kita buat itu kita dapat. nak bahagia mesti bahagiakan orang
Cubaan yang lebih besar dari kekurangan ialah kelebihan. Azab Allah akan datang jika kita tidak syukur. Kekurangan yang diberi harus kita sangka untuk menjaga kita supaya tidak engkar pada ALlah. Syukur sentiasa kita ada iman dan takwa.
Berserah Diri kepada Allah.
Berserah sepenuhnya kepada Allah.
Allah Maha Mengetahui apa dalam hati kita.
Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita
Berlapang dada lah kita.
'Jangan tegur orang kerana rasa kecewa dan marah, tegur orang kerana Allah suruh kita tegur orang yang bersalah, insyaallah daripada hati ianya akan jatuh ke hati'
- Ustaz Amin-
Mahu menegur orang bukan kerja yang mudah. Perlukan kesabaran yang kuat. Lain pula tanggapan mereka apabila kita menegur. Ada yang mengambil tguran itu secara positif ada yang sebaliknya. Menegur memerlukan cara yang berhemah. Cara yang boleh diterima oleh orang di sana.
Saya juga belajar untuk menerima teguran orang. Walaupun pahit tapi saya telan juga. Itu adalah untuk kebaikan kita juga.
Yang menegur harus punya ilmu untuk menegur, dan yang ditegur harus belajar untuk menerima teguran.
Bila kita buka minda, berlapang dada sagalanya akan berjalan dengan lancar tanpa ada yang berkecil hati.
Sama-samalah kita perbaiki diri. Insyaallah pasti setiap insan akan gembira :)
Apa Itu Istidraj
Buat renungan kita semua umat yang diberi akal.
Di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi manusia muslim, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.
Contoh ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat antara lain ialah pangkat, kedudukan, kuasa, kekayaan, kemewahan, sihat tubuh badan, tidak pernah sakit dan banyak lagi. Manakala ujian Allah SWT dalam bentuk bala antara lain ialah tiada pangkat dan kedudukan, tidak memiliki kuasa, kemiskinan, kemelaratan hidup, sakit, kematian ahli keluarga terdekat dan banyak lagi. Kebanyakan manusia muslim dan mukmin mampu mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk bala ini. Malangnya ramai manusia termasuk yang muslim tetapi tidak mukmin gagal mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat.
Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT dan tidak sedikit pula yang menjadi riak, sombong, angkuh, takbur dan ada yang mengaku menjadi tuhan dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. Contoh klasik yang patut di fikirkan tentang jenis manusia yang mendapat nikmat tetapi lupa kepada Allah SWT ialah Firaun, Qarun, Namrud dan banyak lagi. Mereka ini semuanya ditimpa dengan bala bencana dan kemudiannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Tidakkah terfikir oleh kita kenapa sesudah diberikan dengan pelbagai nikmat, Allah SWT musnahkan pula mereka dan segala nikmat yang telah mereka perolehi.
Perkara inilah yang dinamakan istidraj. Pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Kenapa pula terjadi beri tetapi tidak redha. Inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Agak malang bagi manusia yang melakukan dosa dan maksiat ini kerana terkeliru dengan pemikirannya yang merasakan bahawa nikmat yang melimpah ruah itu tadi sebagai tanda Allah SWT bersama dan meredhai perbuatannya. Mereka dilalaikan oleh syaitan dengan nikmat itu tadi sehingga tidak terfikir bahawa nikmat yang banyak inilah yang bakal memusnahkan hidup mereka.
Sebenarnya manusia yang telah diistidraj adalah jenis manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat dosa dan maksiat masih merasakan Allah SWT amat menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang kuat beramal soleh. “Dia tu siang malam ke masjid tetapi basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadatnya tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong”. Sebenarnya nikmat yang banyak Allah SWT berikan kepadanya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT menghendaki untuk membinasakan semut, maka Allah SWT terbangkan semut itu dengan dua sayapnya” Sebagai contoh perbandingan daripada hadis ini ialah bangaimana Allah SWT memusnahkan anai-anai. Anai-anai, jika tidak bersayap akan duduk diam di dalam busut, atau merayap di dalam kayu, atau di bawah batu dan di celah-celah timbunan daun kering. Bila Allah SWT berikan sayap anai-anai berubah menjadi kelkatu. Timbul sifat sombongnya bila mendapt sayap (nikmat) lalu cuba melawan api atau cahaya. Maka anai-anai tadi akan binasa dan mati. Begitu juga dengan manusia, bila dapat nikmat (kekayaan, kemewahan, pangkat, kedudukan, kuasa dan sebagainya) akan cuba melawan Allah SWT dengan cara tidak beriman dan tidak bersyukur kepadaNya. Maka manusia itu tadi dibinasakan oleh Allah SWT dengan pebagai cara dan mati.
Sebagai buktinya ialah Firaun. Tidak ada orang yang memiliki kuasa dan kedudukan yang hebat dan luar biasa melainkan Firaun. Nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya tidak terkira. Kuasanya tiada tandingan, semua orang tuduk dan patuh kepada kehendaknya, kekayaannya melimpah ruah, tidak pernah sakit, bersin pun tak pernah kerana Allah SWT berikan nikmat sihat yang luar biasa kepadanya. Allah SWT berikan semua ini kerana Allah SWT telah menistidrajkan Firaun. Firaun menjadi angkuh, sombong, bongkak dan takbur sehingga peringkat mengaku dirinya tuhan. Dalam hidupnya dia tidak pernah bersyukur. Dia melawan Allah SWT tanpa henti. Akhirnya dengan nikmat itulah Allah SWT binasakannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)