memang kena ikut pilihan depa. Demand tu, nak pesen gini..nak warna yang begitu dan begini.
Tuesday, 16 August 2011
Siapa paling gembira bila nak raya?
Pejam celik pejam celik, sudah 15 hari kita berpuasa..Sekejap saje masa berlalu.
Bulan Ramadan bulan yang mulia, banyak pahala yang boleh kita kumpul di bulan yang mulia ini.
Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna~~
Agar dapat ku lalui dengan sempurna~~
Biskut raya belum sepenuhnya siap..huwaaa...
Tolong-tolong!!
Harus hari ini cargas di dapur..
Caiyok caiyok!!
Hairi, Danish dan Aqeel, tolong beri kerjasama.
Hari ini ibu nak masuk dapur lamaaaaa skit, sila main jauh-jauh.
Ibu awak nak berkampung depan oven. Sila beri kerjasama okey ;)
Persiapan raya?
Ala kadar saje, biasa2 je.. Apa yang ada saya gunakan.
Yang penting harus kemas rumah, lap mana2 yang patut, cuci mana2 yang dah tak berkilat.
Kasi bersih itu rumah. Suami kata next week je kita operasi pembersihan dan keceriaan rumah.
Pastu katanya buat kerja2 pembersihan diwaktu malam, bila anak2 dah tidur.
Apakah??? saya kata takut ibu yang Zzzzzz skali nanti..hehe..baik bos, saya yang menurut perintah..
Anak-anak la yang paling seronok bila nak raya ni.
Sungguh heaven mereka ye dengan baju2 raya, kasut raya segalanya baruuu..
Jeles ibu tau..huhu..jadi budak2 memang best...macam kita kecik2 dulu..
pikir baju raya, kasut raya, duit raya bla bla bla... ingat raya je dalam kepala.
Anak-anak saya ni walaupun umurnya baru 5 dan 4 tahun tapi bab pilih baju dan kasut
memang kena ikut pilihan depa. Demand tu, nak pesen gini..nak warna yang begitu dan begini.
memang kena ikut pilihan depa. Demand tu, nak pesen gini..nak warna yang begitu dan begini.
Masing-masing ada citarasa sendiri. Pelik juga sebab, umurnya baru 5 dan 4 tahun tapi pandai buat pilihan sendiri. Saya dulu masa kecik apa yang mama dan papa pilih dan belikan itu la yang saya pakai.
Tak ada la kata, tak nak pesen gini..nak warna gini..haishh..
Pandai bergaya betul hero-hero ibu ni..Tapi kan memang anak-anak saya ni pilihan diorang pun ok, tak la mengarut..So saya proceed je la dengan pilihan mereka. Hairi suka warna yang cool... Danish pula warna yang ceria.. Aqeel je yang tak banyak songeh..Ikut je apa yang ibu pilihkan..maklumla umur pun baru 2 tahun. Ikut je la ekk Aqeel ku cinta :))
Lagi satu Hairi dan Danish suruh beli lampu raya, yang lip lap tu.
Waduhh..nasib baik depa tak minta suruh beli pelita letak keliling rumah..
Ada-ada jer anak-anak ibu ni, nanti kita cari kat Tesco ye lampu lip lap tu :))
Siapa paling gembira bila nak raya??
Semestinya anak-anak la...
Jom layan lagu raya..
Labels:
raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment