CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Monday, 1 August 2011

Jalan-jalan cari makan @ Fiske Steakhouse


Ada 'orang' tu teringin sangat nak mkn western food..
Katanya sebelum puasa nak makan agar dirinya tak terkenang2 kesedapan 
beef steak kat Fiske Steakhouse.
Mengidam mengalahkan ibu mengandung 'orang' tu ;)

Baik la suamiku..Saya yang menurut perintah..
Jom jalan2 cari makan  kat Keramat pekena western food.

Kami dah dua kali makan di Fiske ni.
Memang sedap..Harga pun sangat berpatutan.
Kedainya biasa jer tapi makanannya mmg ada kelasss..Mcm kat hotel.
Platenya pun cantik. Mcm nak tanya jer beli kat mana.

Memandangkan hari isnin kedai ni tutup, kami menunggu la hari selasa untuk kesana.
Lepas solat maghrib kami terus pecut ke Keramat.

Sampai sana dalam pukul 9 mlm.
Orang agak ramai..
makanan suami dan ank2 semua dah smp termasuk air.
Tapi saya punya order tak kunjung tiba...
Ada la dlm 35 min saya tggu, mcm nak marah juga sbb tggu lama.
Perut saya dah berkeroncong. Sampai saya nak kata kat suami jom la kita balik..
Ibu boleh mkn kat tempat lain. Ayat mcm merajuk je kan.huhu.

Rupanya depa lupa nak buat order saya..
Alahai.....Ramai sangat org mlm tu.
Saya tak marah tapi agak merajuk.hehe


Akhirnya sampai juga order saya.

Saya tengok kenapa penuh je plate saya ni.
Kentang rebus ada sampai 2 potong, black pepper sauce nya banyak.

Hahaha..mungikn itu tanda minta maaf sbb lupa buat order saya.
Terima kasih ye sbb bagi saya ceria semula :))



Beef  Steak untuk suami



Special Chicken Chop (Grilled)
Menu saya dan Danish sama



Spaghetti Bolognese untuk Hairi


Alhamdulillah semua orang sudah kenyang.
Aqeel makan spaghetti banyak.
 Ada order mushroom soup juga untuk anak2.
Licin depa makan. 
Seronok bila tengok ank2 habis makan :)

Next time kita datang lagi ye anak2.
Semoga abah tak terkonang2 lagi masa puasa ni ye.

Western Food kat Fiske mmg best...

No comments:

Post a Comment