Wednesday, 17 August 2011
Nikmat
Bila kita sakit baru kita tahu nikmatnya apabila sihat
Bila kita pernah gagal dalam hidup, baru kita hargai apa itu kehidupan
Bila kita susah dan tak berharta, kita lebih bersyukur dan merendah diri apabila sudah kaya
Kita lebih menghargai wang kerana kita tahu nilainya amat berguna sewaktu kita susah
Kita terpaksa melalui kegagalan untuk merasai manisnya kejayaan
Tiada orang yang terus berjaya tanpa melalui kegagalan
Kita harus bersyukur kerana diberi musibah
Kerana akhirnya musibah itu membentuk peribadi kita agar lebih sabar dan redha
Nikmat itu datang setelah melalui kesusahan dan keperitan
Agar kita lebih menghargai dan bersyukur diatas setiap pemberianNya..
Terima kasih diatas segala nikmat yang Allah berikan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment